Friday, January 28, 2011

Mr. Invisible

Bebelas tahun dahulu, ada seorang budak lelaki yang kurus kering. Tinggi. Suka berkelakuan cacat tapi pada zahirnya tidak. Halimunan. Keinginanya tinggi tapi mungkin keinginanya kurang betul. Dia mungkin mahukan perhatian daripada budak-budak perempuan comel di sekolah rendahnya. Tapi jika di bandingkan dia dan budak-budak perempuan itu, secara fizikal, mereka boleh di ibaratkan jamban duduk dengan kerusi jati.

Datang sekolah menengah, akhirnya dapat juga dia seorang teman wanita. Berbadan 'chubby'. Berwajah biasa. Masih mentah. Bukan mereka saling hendak, tapi asalkan ada pasangan... kerana rakan-rakan sebaya yang lain ada pasangan. Mempunyai pasangan di alam remaja seperti memegang sepanduk berbunyi "Hey, tengok! Ada orang hendakkan aku!" Jelas sekali budak lelaki tadi tidak suka menjadi Halimunan. Tapi dia bukanlah seorang yang terkejar-kejar untuk menjadi seorang yang gagah di sekolah. Dia bukanlah budak sukan. Mencuba pelbagai sukan, supaya ototnya timbul dan tubuhnya lebih gagah. Bermain bola sepak, khasnya, boleh membuatkan dia kelihatan menarik, menjadi olahragawan sekolah, supaya gah untuk mengangkat kelakiannya agar budak-budak perempuan di sekolah menggilainya. Menjadi popular. Tetapi, tidak bagi Si Halimunan. Dia seperti sebaliknya. Seorang yang suka membuat hal sendiri. Bergaul, tetapi hanya dengan  kelompoknya sahaja. Baik hati. Sangat mengambil berat. Mempunyai hobi yang agak menarik dan yang penting bukanlah seorang yang suka mengangkat dirinya untuk kelihatan gah pada wanita-wanita di sekolahnya.

Agak lama perkenalan budak perempuan yg berbadan chubby dengan Si Halimunan. Sehingga tamat sekolah menengah. Akhirnya pada suatu hari si budak perempuan itu menarik diri. Mungkin kerana terlalu bosan. Memang salah budak perempuan itu. Kerana tidak tahu menghargai erti sebuah perkenalan.

Pergilah Si Halimunan membawa diri entah kemana. Si budak perempuan tidak tahu khabar berita Si Halimunan. Mungkin terlalu kecewa. Ya, memang dia sangat kecewa! Di buang tanpa sebab seperti sampah. Kasihan Si Halimunan. Sungguh tidak berhati perut si budak perempuan itu. Mungkin mahu bebas. Mungkin juga telah berjumpa teman lain di hatinya. Hanya budak perempuan itu sahaja yang tahu apakah sebabnya.

Sekarang di pertengahan 20an, Si Halimunan tiada khabar berita.

Suatu hari, si budak perempuan memberanikan diri menelefon Si Halimunan untuk bertanyakan khabar berita. Mungkin terlalu rindu pada orang yang pernah menghiasi hatinya. Salam demi salam, sembang demi sembang, jelas sekali masing-masing dalam kerinduan. Di kala itu Si Halimunan sedang menyambung pengajianya, begitu juga si budak perempuan. Cuma yang membezakan mereka, Si Halimunan masih sendirian, tetapi tidak si budak perempuan...

Mata bertemu mata, budak perempuan berambut panjang itu senyum ramah, tidak gentar. Masuk ke dalam kereta menuju ke destinasi yang di janjikan.

"Apa khabar?"

"Baik. Awak?"

"Baik."

Pertemuan kali pertama sejak masing-masing mengambil keputusan membawa haluan sendiri suatu masa dahulu. Si Halimunan rasa janggal namun lagak biasa. Entah-entah dia nak aku balik....

Seperti yang di jangkakan, masing-masing masih mempuanyai hati dan perasaan antara satu sama lain. Si Halimunan mungkin berasa seronok kembali, tetapi rasa bersalah menghantui diri budak perempuan. Perhubungan kembali terjalin seperti suatu ketika dahulu. Kini masing-masing sudah besar. Dewasa. Tidak berfikiran budak-budak lagi. Matang. Tetapi ada sesuatu yang disorokan oleh si budak perempuan.

Akhirnya perkara yang cuba dielakan berlaku lagi. Benarlah kata pepatah orang putih.. "what u give, you get back!" Hubungan kali kedua yang terjalin di uji kembali. Si Halimunan mendiamkan diri. Entah kemana perginya. Sanggup membiarkan si budak perempuan sendirian. Hanya tangisan yang menjadi peneman. Puas si budak perempuan mencari Si Halimunan. Telefon. Tidak berjawab. Nombor yang di panggil tidak berada dalam talian.  Bertanyakan pada kawan-kawan. Tiada siapa yang tahu apa yang terjadi. Di dalam hati hanya berkata "dulu kau pernah lukakan hatinya, terimalah balik balasanya..."

Hampir tiga tahun! Apa yang terjadi pada Si Halimunan? Mana dia pergi? Rindu dihati masih tercalit..

Budak perempuan senang bertemu pengganti. Harap-harap inilah yang terakhir. Sudah bekerja di kala itu. Kadang-kadang terfikir juga tentang Si Halimunan. Ahh..kisah lama.. 

Si Halimunan tiba-tiba hadir kembali. Mencari si budak perempuan di laman sosial yang agak popular suatu ketika dahulu iaitu 'Friendster'. Tapi Si Halimunan menyamar menjadi orang lain. Seakan-akan orang lain yang mahu berkenalan. Mungkin hanya cara begini saja dia dapat menjejak atau mencari budak perempuan yang pernah di sayanginya dahulu. Tapi kenapa? Sejak sekian lama mendiamkan diri? Pergi tanpa berita?

Suatu malam, Si Halimunan memberanikan dirinya mengakui siapakah dirinya yang sebenar. Si budak perempuan sedikit kerkejut. Tidak berapa pasti apa yang sedang berlaku. Tapi buat-buat cool..

Pertemuan di atur semula. Perasaan ingin tahu oleh budak perempuan ke atas Si Halimunan itu sangat mendalam. Apa yang terjadi sebenarnya? Pertemuan malam itu telah merungkai semua pertanyaan selama ini. Kemaafan dari Si Halimunan kepada budak perempuan itu di pinta. Budak perempuan itu memang seorang yang senang memaafkan kesalahan orang lain.  Maka semuanya sudah selesai. Tapi yang tidak selesai si budak perempuan. Rasa bersalah kembali menghantui dirinya semula.

Hubungan kembali terjalin, tetapi hanya sebagai sahabat. Si Halimunan tahu si budak perempuan sedang menjalinkan hubungan dengan orang lain. Dia tidak mahu menjadi penghalang antara dua kekasih ini. Tetapi dalam hati budak perempuan itu tahu, dalam hati Si Halimunan masih mengharapkan kasihnya. Si Halimunan menjadi sahabat, pendengar yang sangat setia di kala si budak perempuan berhadapan masalah dengan kekasihnya tetapi bukanlah penghalang. Si Halimunan redha dengan apa yang terjadi, sehinggalah jodoh antara budak perempuan dengan kekasihnya berakhir. Si Halimunan jugalah tempat si budak perempuan melepaskan segala kesedihanya.

“Kita semua sama. Kerjalah melangit, kawanlah beribu, bergaji juta-juta pun kita sebenarnya sama. Takda siapa lagi bagus dari siapa-siapa. Boleh enjoy dengan seberapa ramai orang pun tapi in the end, dalam berbillion penduduk dunia ni, yang betul-betul nak hidup dengan kita sampai akhirat ada satu orang je.”

Dalam lamunan budak perempuan itu, dia nampak seorang budak lelaki yang kurus kering. Tinggi. Suka berkelakuan cacat tapi pada zahirnya tidak. Halimunan. Yang namanya Hafiz.

No comments: