Friday, February 25, 2011

Morning Sickness!

Pagi-pagi dah buat aku sakit, AKU TENSION tau tak! Sebab hal malam tadi. Macam pundek! Dah pagi-pagi ni takde mood nak pegi kerja. APA PUN TAK BOLEH LAH KAU NIH!

Monday, February 21, 2011

w o n d e r i n g

A few questions that I need to know
how you could ever hurt me so
I need to know what I've done wrong
and how long it's been going on
Was it that I never paid enough attention?
Or did I not give enough affection?

Not only will your answers keep me sane
but I'll know never to make the same mistake again
You can tell me to my face or even on the phone
You can write it in a letter, either way, I have to know
Did I never treat you right?
Did I always start the fight?
Either way, I'm going out of my mind
all the answers to my questions
I have to find!

SAYA HILANG SABAR!

Macam PUNDEK kau nih!! 
Buat aku macam tunggul kayu! 
FUCK!

Saturday, February 19, 2011

Mopish

Tiba-tiba rasa macam touching yang amat sangat sebab terasa diri macam tak di hargai langsung. Terasa kesian kat diri sendiri sebab asyik terkena je. Terasa macam nak buat tak tau, tapi lepas tu elok balik. Terasa macam di permainkan perasaan sebab terasa di perbodohkan. Berpura-pura seperti tiada apa-apa sebab nak sorokkan kesedihan. Apa lah salah aku ni. Penat dah jaga hati kau, tapi kau macam tak ada perasaan je. Suka ye tengok aku selalu sedih, menangis sebelum tidur fikirkan masalah kita? Sekarang ni kau dah macam..entahlah. I'm not your toy dude! Please.. at least give just a lil'bit attention to me. I miss just the way you are :(

Friday, February 18, 2011

^_^

My niece brought home a school exercise book in which she'd been told to write the words she had trouble spelling. On the front, it said in large letters below her name, "MY SPILLING BOOK." Hehe.. So cute..

Wednesday, February 9, 2011

Perempuan dan Bakatnya

Nak tahu bakat perempuan yang paling menyerlah? Ianya bukanlah bargain shopping,  bukan diet sampai sakit, bukan buat sekarang dan reka alasan kemudian, bukan sedapkan hati, bukan hidup dalam penipuan, bukan pendam perasaan, bukan pandang rendah diri sendiri, dan bukan menangis untuk dapatkan apa yang dia inginkan. Bakat perempuan yang paling hebat ialah berfikiran jauh. Bukan jauh dari China kemudian berpatah balik ke China, bukan jauh dari Bumi ke Neptune atau Pluto. Ini jauh yang tak ada noktah. Kemudian dari berfikiran jauh ianya bercabang ke bakat-bakat yang lain. Bukan meramal masa depan.  Bakat membaca minda manusia lalu sebelum hubungan kami gagal, baik aku depressed dari sekarang/bersiap sedia dari sekarang. Bakat menghidu kejadian pra-buruk, sebelum dia di sahkan ada penyakit, baik aku bersedih awal-awal supaya bila jadi betul, kita dah kuat! 'Sangat elok' bila kita jadi perempuan yang berfikiran jauh begini. Tapi kadang-kadang ada kebaikanya juga, tapi itu cerita lain..


Kau tak boleh dan tak akan dapat semua yang kau nak.

Kau dalam kesedihan sebab kau ada kemahuan. Kalau kau kurangkan kemahuan mesti kegembiraan kau bertambah.

Tuhan lebih tahu apa yang kau perlu dan Dia akan bagi apa yang kau perlu.

Telekomunikasi

Kali ini saya benar-benar TENSION! Lama perkhidmatanya sejak tahun 2008. Kini sudah menjadi jenazah. Ye. Mati sudah. Terlalu banyak jasa dan kenangan yang dia berikan pada saya. Dia lah perantaraan berita sedih, dia jugalah perantaraan berita gembira. Selain menghubungkan dengan orang-orang yang tersayang juga yang dah tak sayang. Sedih mengenangkanya. Marah jua ada! Tapi apakan daya. Nyawanya di tahap itu sahaja. Saya perlukan pengantinya. Tidak perlu yang hebat-hebat. Jadilah jika ianya hanya cukup syarat. Oh, telefon bimbitku. Selamat tinggal Sony Ericsson. Hai iPhone 4, Blackberry, Xperia (harapan) -.-

Tuesday, February 8, 2011

Fury

Jika saya tengah marah, tapi saya hanya mendiamkan diri, tidak melenting, tidak memaki hamun, tidak menganjing, tidak membebel-bebel, biarkan saja. Itu bermakna saya memang benar-benar marah. Marah saya mendiamkan diri dan marah saya jika menjawab atau bising-bising lain. Jika saya diam, maksudnya saya memang dah tak kuasa nak melayankan marah saya. That means, i don't even care what happen. Lantaklah! Tapi bukan maksudnya saya membenci dengan apa yang terjadi, cuma malas nak ambil pusing. So, just leave me alone. Tak perlu tanya saya, awak kenapa? Awak kenapa? Awak kenapa sampai lapan puluh kali. Sebab awak pun mesti tak kuasa nak melayankan kerenah saya ini. So it's fair right? 

Thursday, February 3, 2011

Hoping

Saya tak tahu sangat apa yang terjadi di Mesir. Saya tengok berita di tv. Tapi dengar ala kadar. Saya baca paper, tapi haya glance. Ianya mungkin tidak menarik perhatian saya sebab kisah yang sama. Rusuhan. Selalu berlaku. Nak-nak di negara islam. Saya tak nak tahu itu semua. Yang saya harap semua saudara se-islam di dunia dalam keadaan selamat hendaknya, terutama sekali di Mesir. Diharapkan juga, misi bantuan membawa pulang pelajar-pelajar Malaysia di Mesir berjalan dengan lancar. Saya juga tidak tahu apa-apa berita mengenai sepupu saya, Hafiz Ghazali yang menuntut di sana. Di harapkan semuanya selamat. Sama-samalah kita berdoa.