Thursday, February 3, 2011

Hoping

Saya tak tahu sangat apa yang terjadi di Mesir. Saya tengok berita di tv. Tapi dengar ala kadar. Saya baca paper, tapi haya glance. Ianya mungkin tidak menarik perhatian saya sebab kisah yang sama. Rusuhan. Selalu berlaku. Nak-nak di negara islam. Saya tak nak tahu itu semua. Yang saya harap semua saudara se-islam di dunia dalam keadaan selamat hendaknya, terutama sekali di Mesir. Diharapkan juga, misi bantuan membawa pulang pelajar-pelajar Malaysia di Mesir berjalan dengan lancar. Saya juga tidak tahu apa-apa berita mengenai sepupu saya, Hafiz Ghazali yang menuntut di sana. Di harapkan semuanya selamat. Sama-samalah kita berdoa.

No comments: