Wednesday, June 29, 2011

Semoga saya perbetul diri!

Happy Wednesday & Salam Isra Mi'raj :)


Tuesday, June 28, 2011

Kesan

kau frust. amik ganja banyak-banyak pun takde effect. 
ternyata frust kau lagi kuat dari effect ganja :)

Saturday, June 25, 2011

Dusta

Senyum. Depan orang ramai.
Gelak. Depan semua orang.
Engkau tengok aku bergembira.
Semua tu dusta. Aku hanya bohong kau.


Hisap rokok banyak-banyak. Aku stress!

Thursday, June 23, 2011

Crestfallen

i always give you the best i could, in everything. 
but you always expect me the worst.


pernah rasa kecewa?
aku tengah rasa sekarang.

It's hurt to be alive

I know..
it's hurt to be alive..

aku dah penat!

satu yang aku pegang untuk hilangkan penat ;
"Tuhan bagi aku macam-macam ujian sebab Dia sayangkan aku''

dengan kata-kata yang aku pegang tu ;
"aku kena sayang Dia balik"


Ujikaji

Beritahu aku apa ada nama lain selain sedih?
yang boleh aku lantangkan?

menangis
menangis

Tuhan, apa lagi ujikaji yang kau campakkan pada aku?
sialan apa lagi yang harus aku telan?
apa lagi Tuhan?
apa lagi?

Cukup-cukuplah. Jiwa aku dah sempit. Dada aku dah sakit. 
aku perlukan rehat sejauh yang boleh. cari ruang bersendirian...

Friday, June 17, 2011

I'm not okay

Anda tahu, orang ramai sentiasa bertanya kepada saya, "adakah anda okey?" tetapi mereka tidak pernah mengharapkan kebenaran. kerana hakikat perkara itu, jika saya okey, anda tidak akan perlu tertanya-tanya.

Thursday, June 16, 2011




it's sad when you realize those who you cared so much about, could be so careless about you.

Pretend

Pretend like nothing happened..
I'm happy
You happy
We happy

Indeed, they're NOT!
Perhaps, NO ONE HAPPY!
Are we happy?
NO!

Silence..
Silence..
Silence..

It's gone

Now everything is like usual
We pretend each other again
Yeahh.. pretend!

Wednesday, June 15, 2011

Kerak nasi

Hati yang walau kerasnya macam kerak nasi.
Rendam dengan air, lembiklah jadinya.
Perempuan.
Adakah itu alasan kau untuk rodok dan hancurkan hatinya berkali-kali?
Berapa besar agaknya tangki air yang kau mampu curahi?
Dan berapa banyak pula kerak nasi yang perempuan miliki?

Lebih

Bila tiba saat kematian 
manusia jadi lebih prihatin
lebih berperasaan
lebih kemanusiaan
lebih!


Ternyata
Kematian lebih enak dari kehidupan?

Budak-budak

Kamu masih budak-budak.
Yang umur tak sampai pun suku abad.
Menunjuk kegagahan masing-masing membuli yang lain.
Duit pun masih minta pada mak bapak.
Nak bermain pun tidak layak.
Apatah lagi untuk bercakap banyak.
Otak kecil, fikiran singkat.
Bergaduh tak kena tempat.
Istilah memback'up kawan adalah sangat lawak!


See, i told you.. Kamu masih budak-budak.


(p/s : Susulan dari pergaduhan budak-budak sekolah yang aku nampk tadi.)
berhentilah.memberi.harapan.
tidakah.kau.perasan.
aku.sedang.mati.perlahan-lahan.


Imogen Heap - Speeding Cars


This makes me feel happy :)

Marijuana

Ada banyak benda yang selalu aku teringat. Menyesal. Untuk semua dosa-dosa aku yang tidak boleh di bilang dengan jari. Ketagih melakukanya. Kalau tuhan baca ini. Aku mintak maaf....

Menjadi seorang remaja memang sangat susah. Senang hanyut. Yang kiri cuit, ke kiri. Yang kanan lambai, dah ke kanan. Belum depan dan belakang. Tapi, sekejap. Bukan takdir yang ingin disalahkan. Tuhan, aku bukan salahkan Kau. Kalau Kau baca ini, aku betul-betul bukan salahkan Kau. You're doing Your job very well! Tapi aku hidup di jalan yang salah. 

Boleh Kau lemparkan aku pelampung untuk selamatkan aku dari gelombang Tsunami ini?

Kalau boleh undurkan masa. Aku ingin menjadi baik.


Tuesday, June 14, 2011

Kebal atau bebal?

Keting lebam.
Punggung kebas.
Peha terasa berat.

Awak penat.
Kau penat.
Yang lain penat.
Aku juga penat.

Tak apa!

Asalkan kita penat bersama-sama.

Ya, perihal kita.

Yang orang luar hanya tahu mencerca dan melulu membabi buta.
Peduli apa?

Kau bebal.
berlagak macam kebal.
Asal boleh kau ingin cuba semua.
Lihat apa yang kau terima?

Dalam kesunyian malam, hanya di temani beberapa buah kenderaan lalu lalang.
Kita kepuasan.

Hanya yang mengerti erti puas, tahu mengenai bebelan ini.
Puas?

Sunday, June 12, 2011

Subsist


Mungkin kita terlalu baik untuk memberi kasih kepada seseorang. Memberi percaya kepada seseorang. Memberi senyum dan ketawa kepada seseorang. Baik atau bodoh kah kita? Bodoh! Aku harap aku tergolong dalam orang yang bodoh. Bodoh kerana inginkan orang di keliling aku bahagia. Bodoh sebab anggap semuanya seperti sedia kala. Melihat sesuatu yang nampak seperti ok. Tapi pada dasarnya tidak! Mungkin aku sebenarnya manusia yang berhati batu. Inginkan semua di dalam perancangan aku berjalan dengan lancar. Mungkin juga aku sebenarnya manusia yang mahu semuanya gembira tanpa memikirkan setiap inci hati-hati mereka. Aku sudah tergolong dalam manusia jahat. Aku jatuh cinta. Aku bercinta. Aku gembira dengan manusia yang buat aku bahagia. Aku simpan dalam hati. Bagi jiwa tenang. Buang semua rasa bersalah. Jadikan semuanya seperti tiada apa-apa. Mungkin aku hanya menurut dan merasakan hidup itu terlalu mudah. Mungkin aku yang terlalu bodoh. Suatu hari nanti. Dia mungkin akan mengerti.

Hide


Jangan paksa. Kalau tak suka. Kau yang lepaskan. Bukan aku.
Tiada rugi. Tiada mati. Hanya benci.
Jika itu yang kau mahu.

Silakan.

Saturday, June 11, 2011

Kayuh

Kalau lah dapat kayuh bersama awak. Awak di kiri. Awasi saya yang di kanan.

TUNGGU!


Kontra


kau tanya aku.

apa itu sedih?

aku jawab "dulu"

dan kau tanya lagi,
apa itu bahagia?

aku jawab "sekarang"

sekian.