Tuesday, July 31, 2012

Radit dan Jani


"Aku tidak mahu kaya, aku cuma mahu bahagia".
Ternyata, lebih sukar beri bahagia dari beri kaya.

Ramadhan ke 11

Ramadhan kali ke 11 dan di jalankan di tempat dimana aku penah tinggal dua tahun lepas. banyak perbezaan. dulu, meriah bila berbuka bersama dia. sekarang, kadang-kadang sendiri, kadang-kadang berteman. tapi bukan dengan yang istimewa. bukan tiada yang istimewa. ada. tapi jauh. tak tahulah bila dapat berpuasa dan berbuka bersama. aneh. bila dapat merasakan sesuatu tetapi masih pura-pura seperti tiada apa-apa berlaku. hati kering ini bisa pecah berdarah menyimpan perkara yang dipendam berulang ulang. senyum.

selamat menahan lapar, dahaga dan nafsu.

Monday, July 30, 2012

Kau weed aku.


Aku insomnia malam-malam sebab kau adalah dadah yang selalu aku tagihkan!

Friday, July 20, 2012

Teruskan..



Secara ironiknya, pada setiap hujung sebuah cerita pasti ada unsur kecewa. sebab perkataan " i love you" tak semestinya membuatkan semua mimpi akan jadi kenyataan.

saya perlu terus hidup.

Wednesday, July 18, 2012

Sakit.

Ini hari aku tak kerja. aku msg PA boss aku, aku kata aku sakit. memang aku sakit. sakit perut. bukan sakit perut yang di buat sendiri dengan telan julap atau minum air teh untuk kurus. tapi memang sakit! malam semalam aku makan nasi ayam gerai tepi jalan yang ayamnya dah berbau. tapi nak buat macam mana. aku lapar. dah separuh ayam aku telan baru ada bau-bauan. sampai rumah aku dah rasa loye-loye. aku muntah. jam 4 pagi aku terjaga. perut sakit memulas-mulas. sejam aku lepak toilet. aku msg wan. kejap je kami msg. aku tak nak kacau dia. dia maybe penat. sampai jam 6 aku tak tidur lagi. keluar, masuk toilet. tak tahan sangat aku kejut makcik mengadu sakit yang teramat. aku syak aku food poisoining. last-last aku telan eno yang aku rasa takde efek untuk baik pun. tapi aku cuba jugak lelap sambil layan perut memulas. lemah. aku memang tak berdaya pergi kerja. lantaklah. aku tak pergi klinik pun amik mc. malas dan memang tak larat nak bangun atau berjalan. aku harap esok dah okay so that aku boleh kerja macam biasa walaupun time aku menulis ni perut aku masih lagi SAKIT!

Tuesday, July 17, 2012

Dear ex..

Oh, kau dah mula sedikit demi sedikit melupakan aku..

terima kasih untuk itu.

Skills

To survive in life we need skills. To develop skills we have to survive.

Tuesday, July 3, 2012

Coloring Me.










They Colorful My Life