Wednesday, July 18, 2012

Sakit.

Ini hari aku tak kerja. aku msg PA boss aku, aku kata aku sakit. memang aku sakit. sakit perut. bukan sakit perut yang di buat sendiri dengan telan julap atau minum air teh untuk kurus. tapi memang sakit! malam semalam aku makan nasi ayam gerai tepi jalan yang ayamnya dah berbau. tapi nak buat macam mana. aku lapar. dah separuh ayam aku telan baru ada bau-bauan. sampai rumah aku dah rasa loye-loye. aku muntah. jam 4 pagi aku terjaga. perut sakit memulas-mulas. sejam aku lepak toilet. aku msg wan. kejap je kami msg. aku tak nak kacau dia. dia maybe penat. sampai jam 6 aku tak tidur lagi. keluar, masuk toilet. tak tahan sangat aku kejut makcik mengadu sakit yang teramat. aku syak aku food poisoining. last-last aku telan eno yang aku rasa takde efek untuk baik pun. tapi aku cuba jugak lelap sambil layan perut memulas. lemah. aku memang tak berdaya pergi kerja. lantaklah. aku tak pergi klinik pun amik mc. malas dan memang tak larat nak bangun atau berjalan. aku harap esok dah okay so that aku boleh kerja macam biasa walaupun time aku menulis ni perut aku masih lagi SAKIT!

No comments: