Monday, August 27, 2012

Bersedia?

Kadangkala aku sering terfikir ; adakah aku sudah cukup bersedia untuk ke alam perkahwinan? hati sentiasa mahu, tapi bila orang mula mahu serius, aku jadi takut-takut. perasaan apakah ini? perasaan main-main kah? memang umur makin lama makin tambah satu angka. tapi pada aku ada apa dengan angka itu asal hati aku sentiasa muda. mujur parents aku bukan jenis yang mendesak. depa cool. kalau nak kawin, cakap. kalau tak mau kawin, diam diam.

ramai lagi kawan kawan sekepala yang seusia aku masih single. bukan single tidak berpunya, tapi single belum berkahwin. jadi buat apa aku terkejar kejar? ingat. "perkahwinan bukan suatu perlumbaan antara kawan kawan untuk menunjukan yang anda laku atau hebat."

aku dah berkawan dengan macam macam jenis manusia. manusia yang memang manusia. juga manusia yang macam binatang. untung kalau berkawan dengan manusia yang memang manusia. tapi rugi kalau berkenalan dengan manusia yang macam binatang. sadis.

tapi itu semua yang buat kita matang dalam memilih kawan. kalau takut serik, berhati hati. kalau nak kena lagi, buat lah lagi. untuk aku, kawan kawan yang aku pilih sekarang sudah cukup hebat untuk diri aku sendiri walaupun mereka tidak perlu datang dari orang orang yang hebat. asal hebat dari mata kecil aku untuk menilai sendiri apa yang hebat pada mereka, itu sudah cukup. 

yang penting untuk hati aku sekarang, aku selesa berkawan dengan orang yang semasa aku umur enam tahun, dia mungkin masih lagi dalam proses pembuatan, ataupun baru sahaja menghirup udara segar dunia. asal dia okay, aku pun okay. tinggi rendahnya pelajaran kau, hebat atau kurang hebatnya pekerjaan kau, sedap atau tidak sedap jawatan yang kau pegang, siapa peduli? yang akan menikmati pahit, sakit, gembira berkawan, kita.

jika orang lain gembira untuk kita, mereka akan sentiasa mendoakan kita, bukan mencemuh. apa yang aku hanya harap sekarang, kita bertahan. bertahan hingga kita benar benar bersama. dengan situasi yang aku tak fikir ramai orang boleh harung. hubungan jarak jauh sejujurnya bukan cara aku. kalau aku mampu elak, aku buat. tapi sekarang aku dah masuk dalam jerat aku sendiri. hai la nasib..

lagi satu aku cuma harapkan, "boleh tak awak naik kan angka awak tu ke dua puluh enam? kalau tak dapat pun, ke dua puluh tiga pun sudah cukup. biar orang nampak kita matang dalam apa juga benda yang kita lakukan bersama."

aku rindu nak riding dengan kau lagi bodoh. kalau kau tanya aku "kita riding nak minggu depan?" aku akan jawab, "yes!"

tapi bila awak tanya saya, "kita bertunang nak?"

*bunyi cengkerik* 

No comments: