Tuesday, August 28, 2012

Kesilapan lalu.

Kesilapan pertama yang aku lakukan dalam bercinta ialah menyibukan diri dalam percintaan monyet. aku tak pasti ini ialah keperluan atau kehendak. tetapi ianya manis. akhirnya aku pergi tinggalkan benda yang manis dalam hidup untuk aku alami rasa pahit.

kesilapan ke-dua apabila bercinta dengan seorang yang sedarah dengan kita. ikutkan hukum memang halal, tapi tak berkembang. orang tua tua kata kahwin sepupu ni darah tak elok. nanti zuriat yang lahir pun tak baik. entah. aku hanya fikir seronok bercinta. sekali lagi aku tinggalkan benda manis dalam hidup untuk aku alami rasa pahit.

kesilapan ke-tiga apabila bercinta dengan orang yang cemburunya melampau dari aku sendiri. aku cuba bertahan untuk lihat sejauh mana boleh pergi dan cuba beri peluang, mana tau boleh berubah. tapi sebab cemburu lebih menguasai diri, aku berikan kepahitan pada dia untuk dia sendiri rasai.

kesilapan ke-empat hanya sementara. cukup singkat. mungkin singgah untuk jadi peneman kerana sunyi. kehadiranya seperti tidak menjadi suatu kepentingan. yang kejam aku. kali ni aku berikan kepahitan padanya tanpa alasan yang kukuh.

kesilapan ke-lima apabila aku rasakan sudah menemui cinta sejati tapi akhirnya kecundang. percintaan paling lama yang aku semai. hampir empat tahun. manis pada awalnya. tapi sayang, manusia sekaum aku juga yang menjadi punca kemusnahan. dan lebih kesian apabila orang yang kita sayang dan percaya juga sama sama melibatkan diri untuk kemusnahan ini. kalau tanya apa yang aku paling kesalkan sekali dalam perjalanan percintaan aku, aku jawab, mengenali orang yang beri aku lakukan kesilapan kelima ini. terima kasih kerana beri aku rasa pahit manisnya bercinta.

kesilapan ke-enam apabila bayang dari kesilapan pertama muncul semula. indah. kerana dia yang beri aku kekuatan di atas kemurungan aku selepas kesilapan ke-lima yang telah kecundang. tapi indahnya tak lama. kesilapanya terhidu apabila diri terasa seperti tunggul kayu. cuma yang buat aku bertahan mungkin kerana aku dah mula rasa malas dan hanya mau berputus asa. tapi lama kelamaan aku sendiri give up dan berikan rasa pahit itu untuk dia dan aku sendiri rasakan.

kini.. aku tak nak ianya menjadi kesilapan lagi. aku akan cuba bertahan hingga selesai semuanya. memang hidup masih panjang. cuma aku tak pasti panjang mana hidup yang akan aku harungi. segala kesilapan yang aku alami hanyalah sejarah hidup aku yang akan aku cuba perbetulkan. Aku masih lagi di bawah konstruksi sungguhpun hidup aku sudah lebih suku abad.

No comments: