Monday, August 27, 2012

Question mark.

Kenapa Seremban tak terletak belakang rumah saja? kenapa perlu ambil masa sejam lebih kalau naik kereta untuk sampai ke sana? kenapa aku tak di takdirkan seumur hidup aku hanya tinggal di Seremban saja? nampak tak macam mana Seremban tu main peranan yang tinggi dalam diri aku. kalau boleh aku nak letak Seremban dalam poket. mudah untuk dicium lima kali andai rindu melebihi lima jam. boleh?

aku sebenarnya tak berapa teruja tinggal di bandar metropolitan yang hebat membangun ni. tak ada apa yang aku nak banggakan bila tinggal di sini. dekat dengan ikea? curve? duduk condo? ada swimming pool, gym, sauna? semua tu aku tak rasa hebat langsung. malah aku rasa macam burung yang tak bebas terbang. entahlah. sepatutnya jauh dari keluarga, bersosial dengan orang yang hebat hebat hidup makin seronok. tapi aku tak.

mungkin aku masih lagi berjiwa kekampungan walaupun pemikiran agak moden. syukur juga aku tak culture shock seperti segenlintir orang orang yang begitu teruja bila dapat menjadi warga metropolitan.

kemodenan tak perlu cipta bila diri dah jejak kaki di kota besar dan menjadi warganya. aku tak perlu disitu untuk bersosial dan bebas melakukan apa saja. aku tak perlu ada disitu untuk kenal yang perempuan kalau merokok akan nampak cool. aku tak perlu ada disitu untuk kenal segala jenis tok nenek dadah. aku juga tak perlu ada disitu untuk tau yang minum di kopitiam juga nampak cool.

semua benda yang aku tau dan nampak cool itu aku boleh cipta di Seremban. tempat aku mula mula hirup udara yang belum lagi tercemar waktu itu. kalau bukan sebab aku perlu terus hidup, aku tak akan jejak kaki keluar dari Seremban. memang tempat aku menimba ilmu ada di Seremban, tetapi aku perlu keluar untuk capai sesuatu yang lebih tinggi dalam fasa hidup aku. memang kerja di Seremban ada untuk aku teruskan hidup, tapi aku perlu keluar untuk mencari kestabilan hidup yang lebih baik.

memang ada baik buruknya di kota besar. tapi hati aku tetap berkata ; "Seremban, kenapa aku perlu jauh dari kau?"

No comments: