Thursday, August 30, 2012

Tak sempat nak rasmi.

Time sakit gigi memang takde mood nak buat kerja. minggu ni pergi kerja sia sia. kalau ponteng pun sia sia juga tolak cuti atau gaji. baik buat perkara sia sia ni dengan menulis.

baru aku perasan yang baju raya aku beli dua hari sebelum syawal lepas tak pakai pakai lagi. sampai lupa mana simpan. rupanya di seremban. aku teruja beli baju tu sebab gaya macam kekampungan. baju kain cotton yang warna dasarnya putih, hanya dihiasi corak abstrak kecil kecil yang sedikit berwarna. tak glamour pun. mahal langsung tak. aku tak suka sarat.

yang buat aku lupa pakai baju tu sebab keluarga aku, raya tahun ni bertemakan biru. tapi aku tetap beli kurung putih. kambing hitam dalam keluarga. mana pernah peduli apa yang di telah di rancang. asal cantik pada mata aku. tetapi rasa bersalah menyelubungi diri. takut disalah anggap hanya fikir diri sendiri. baiklah. aku akur. pakai sahaja warna biru. tapi yang second-hand.

raya kedua aku dah pergi bawa diri. pulang semula raya ke empat. raya kelima pergi bawa diri lagi. bila sempat aku nak rasmi?

bulan oktober. datang cepat sikit boleh? aku tak tahan nak bawa diri lagi ni.

No comments: