Wednesday, August 15, 2012

Tiada air muka kah?

Belajar tinggi tinggi. kerja bagus bagus. tapi sayang didikan agama kurang. aku taju kan sekali pada diri aku bab agama kurang tu. tapi aku tak bodoh menunjukan kejahilan aku tentang agama. at least cover sikit boleh? oh, tak nak hipokrit. okay okay..

berada di persekitaran dengan orang orang yang agamanya islam, bangsanya melayu, tapi ibarat islam atas nama, dan melayu atas nama sahaja, sangat menjengkelkan.

walaupun berpuasa di bulan ramadhan hanya lah rukun islam yang ke tiga, dan bukan yang utama sebab benda utama pun ramai yang lalai lakukan, termasuk aku sendiri, tapi aku ada air muka.

kau laki. aku perempuan. kalau perempuan makan pun aku takde lah heran sangat walaupun tabiat perempuan tu memang kaki tak puasa. tapi aku yang tengah bendera merah ni pun segan segan nak makan sampai last last aku baru sedar yang aku memang macam puasa pula hari tu. kau tu, yang namanya lelaki, dah mimpi basah, dah kerat punai, tapi tak pandai nak jaga air muka sendiri?

malu lah sikit. majoriti 90% lelaki melayu di persekitaran aku ni tiada air muka. kalau setakat kejap kejap pergi berasap, okay aku faham, tapi ni sampai beli makanan macam makan tengahari, duduk di surau makan ramai ramai. tempat kau buat onar tu pun kat tempat suci. malulah sikit pada tuhan.

umur makin lama makin meningkat. semua dah pangkat bapak orang. sedih.

No comments: