Wednesday, October 31, 2012

Pertama.

Dah dekat hujung tahun kan? dah boleh buat azam kan? okay, kali ni aku nak bagitau azam aku sikit sikit. untuk azam aku yang pertama, aku KENA mula berhenti merokok! not just rokok, daun herba tu juga. bf aku dah mula bagi bagi hint kat aku suruh berhenti. and dia sendiri cakap, start tahun depan dia nak stop ambil dam. best of luck to you sayang. we both try our best okay :)

Tuesday, October 30, 2012

Busuk hati.

Aku sebenarnya tak berapa pasti dengan perasaan aku ni. sepatutnya aku tak perlu ambil peduli. tapi bila dah tahu cerita ni dengan tak sengaja, kadangkala buat aku terfikir dengan tidak sengaja. bekas kekasih selama empat tahun bersama dah bertunang raya haji lepas dengan orang yang merampas dia dari aku. aku tak kisah sebenarnya. tapi hati busuk aku menyatakan yang harap mereka tak kan bersama. entahlah. aku sepatutnya bersyukur dengan pemberian manusia yang jauh lagi baik dari yang pernah aku dapat. 

perasaan busuk hati, please go away!

Thursday, October 25, 2012

Inzal.

Tajuk macam nakarom. sebenarnya aku tengah menghitung waktu nak balik. kat office ni ada beberapa ketul manusia je. yang lain semua sibuk ambil halfday. yang tak pasti bangsa cina pun sibuk amik halfday. entah. hujan lebat. kepala berat. aku homesick gila nak balik seremban. aku dah terbayang rendang daging mak aku masak. makan dengan lemang. inzal sial.
Esok raya haji? aku pakai baju tahun tahun lepas je. baju raya aidilfitri hari tu pun aku tak pakai lagi sebab besar. yang baru cuma kamera je. hamek, wide tak wide. jangan nak bergaya sangat lah. aku raya sehari je.

Wednesday, October 24, 2012

Dream.

Bila nak menunggu waktu tu tiba, lambat. tapi bila waktunya dah tiba, cepat berlalu. aku nak kau setiap hari. peluk kau setiap pagi. cium kau setiap malam. dan melihat kau hadapi tua depan mata aku sendiri. bila kita boleh hidup bersama, sayang?

Sunday, October 21, 2012

Ahad yang basah.

Musim hujan ni, kalau tak rajinkan diri sendiri memang satu kerja pun tak jadi. selagi bermalas malasan nak bangun pagi selagi tu satu benda pun tak jadi. langit pagi sampai petang sama warna tak berubah. aku sebenarnya baru lepas bangun dari di ulit mimpi.

oh ye. budak tu kata mak dia nak datang merisik tahun depan. ni aku tak mimpi. teruja sial.

Saturday, October 20, 2012

Ujikaji Lomo Merah.



















Sungai Petani, Kedah
29 September 2012

Guris.

Ku percaya padamu
Menghulurkanmu
Oh tanganku

Ku percaya padamu
Ku turutimu
Oh hendakmu

Kau mengkhianati aku
Kau permainkan perasaanku
Kau menikam dan meludahku
Kau dekatkan
Warnamu

Sendiriku menangis
Menangis dalam kekecewaan
Ku sendiri
Menangisku ku menangis
Menangis dalam keseorangan

Sendiriku pelajari
Pengalaman hidup sendiri
Ku sendiri
Relakan relakan
Agarku mampu berdiri sendirian

Adele - Chasing Pavements


:'(

Sialan.

Hidup ini kadangkala tak selalunya indah seperti yang kita jangka. memang kita yang aturkan. tapi kalau yang diaturkan tak ditentukan takdir, musnah juga. terima kasih untuk rasa ini.

hidup tetap sial!

Friday, October 19, 2012

Quarantine

I am still under quarantine where my doctor not allowed me to going anywhere because of my high infection fever.

i'm bored.

Wednesday, October 17, 2012

Pulang membawa sakit.

Disana - aku merasai enak dan bahagianya bersama teman yang aku angkatkan mereka istimewa dalam lingkungan hati aku. Bandung seolah olah sentiasa mahu bermesra bersama aku. udaranya dingin, kotanya sibuk tetapi masih lagi aman. seisi alamnya sentiasa senyum membuatkan aku jatuh cinta untuk kesana lagi.



































disini - aku merindui kegiatan lima hari emapat malam yang dilakukan bersama teman disana. tetapi aku masih lagi sempat membawa pulang sedikit kenangan serta sakit yang kuat.