Friday, January 25, 2013

Semoga bahagia teman.

Dua situasi penting yang ada dalam dunia ni. sedih dan gembira. Waktu gembira meraja, sedih pula menyepi. sama waktu kita berkawan dengan sedih, gembira hanyalah musuh yang memerhati dari jauh. keduanya tak kan pernah boleh duduk bersama dalam hati kita.

tapi, kala ini aku punya sisi kegembiraan dan kesedihan. yang mana pada aku sisi gembira adalah momen untuk perkongsian bersama. baik dengan teman, rakan seperjuangan, insan tersayang atau family. tapi tidak untuk kesedihan. mungkin sedih aku hari ni bukan sedih yang sakit atau perit. tapi sedih yang bercampur gembira untuk kau teman.

lima belas tahun dalam mengenali hati budi setiap kawan yang diangkat sebagai teman sehidup semati. aku tetap gembira dengan kehilangan sorang lagi teman yang melangkah ke fasa hidup barunya esok.

semoga selamat semuanya, Nurdaniaadilla. 
 

Wednesday, January 23, 2013

Asing


Aku rasa makin hari makin terasing. bukan orang yang asing kan diri dari aku. tapi aku sendiri yang asing kan diri. yang aku tahu hanya jaga diri, jangan makan hati. sebenarnya orang masih nampak aku okay pada luaran.

hakikatnya..

Wednesday, January 9, 2013

Sibuk katanya.. konon!

Dalam kekalutan mencari kemewahan. dalam kekalutan mencari kebahagiaan. dalam kecelaruan mengatur hidup. tapi kadang kadang terlalu mencari itu ini payah juga kalau lupa padaNya. harap harap mintak dijauhkan lah ye. banyak lagi perkara yang belum aku langsaikan padaNya.

kalau ye tekanan jangan telan pil bukan bukan ye.

semua orang dapat sama banyak. dua puluh empat jam sehari tak kira anda berpangkat tan sri atau menteri. tapi kadang kadang ada orang tak cukup masa. ada orang terlebih masa.

hairan?

tak yah nak hairan sangat. tak semua orang buat perkara yang sama. untung kalau perjalanan hidupnya senang. tapi bukan rugi kalau perjalanan hidupnya tu tak senang. cuma kurang nasib baik. tapi kena pandai bahagi masa. aku tak kata kau saja. aku pun sama. alpa. padahal online boleh saja.

ini ingatan untuk diri sendiri sebenarnya. makin dewasa tapi selalu lupa kepadaNya sebab alasan tak ada masa.

bukan tak tahu tapi lupa. ye dak?

Tuesday, January 8, 2013

Jujur.

Perasaan orang yang bersalah memang lain. lumrah manusia berbuat salah. mana ada yang ada sempurna. aku bukan nak cover dengan perumpamaan tu sebab aku yang buat salah. tapi memang ini salah aku. sampai bila bila akan rasa bersalah kalau tak jujur. menipu orang yang bagi kepercayaan pada kita sepenuhnya. orang yang aku terlanjur sayang sampai aku tak reti nak sayang orang lain melainkan keluarga dan teman teman rapat. orang yang twenty four seven take care of me. orang yang menjadi kegemaran aku sendiri. jalan penyelesaian, jujur.

aku ambil jalan tu. tapi sebenarnya sebuah kejujuran lagi sakit rasanya pada orang yang kita perdayakan. seribu juta maaf dipinta sayang. sesungguhnya melakukan kesilapan itu manusia, dan yang memaafkan kesilapan itu juga manusia. kamu.

syukur alhamdulillah everything is going back to normal. thanks for forgiving me, dan terima kejujuran ini walaupun sakit pada awak. you cheer me up when I'm sad. but this time I can't cheer you up because of sad that I've been created. sorry for the honesty :(


Wednesday, January 2, 2013

The Long Distance Relationship - Short Film

Backpacking.

With only a little time left, I should probably spend it doing things I've been wanting to do back then. I don't know, life seems hopeless at times but yeah, gotta live it anyway.

Alone
28th December 2012 - 1st January 2013

2013 katanya.

Syukur aku masih bernafas. Syukur aku tak perlu tempuh seperti babak babak dalam drama yahudi '2012' tu. Masih jauh lagi aku rasa untuk perkara seperti itu.. dan perjalanan aku sendiri masih jauh. Tak jelas walaupun ada perancangannya. Tak nampak walaupun boleh agak kesudahannya. Usia bertambah tak jadi beban sebab diri sendiri rasa mudanya. Okay, perasan sendiri. Selamat datang Januari. aku cuma mahu dilahirkan semula.