Tuesday, January 15, 2013

Abah..

I was just thinking about someone that really important in my life. in a minute, just in a minute. 

lima enam belas tahun dahulu, masa jiwa asyik memberontak, aku selalu tanam perasaan benci pada abah. aku sendiri tak tau kenapa. mungkin dari kecil aku sering jadi mangsa 'belasah' abah. yang padahal bila aku kenangkan balik, aku kena 'belasah' sebab nakal datang dari aku sendiri. dan bila di fikirkan balik aku 'jadi orang' hasil dari 'belasah kasih sayang abah..'

makin dewasa, makin jadi orang, makin boleh berfikir matang, baru aku sedar apa fungsi abah dalam hidup aku. yang dulu aku asyik fikir 'kau ada pun menyemaklah!' 

sayang aku pada abah tak ternilai. aku tak boleh bayar balik apa yang abah dah bagi pada aku sejak aku keluar dari rahim mama, hingga saat ini. gaji bulanan aku kalau bagi semuanya pada abah pun belum tentu sama nilainya.

my very reason to not give up with life.

selamat hari lahir abah. 

semoga di permudahkan perjalanan hidup dan mati. 

love : your ex-spoil daughter.


No comments: