Friday, January 25, 2013

Semoga bahagia teman.

Dua situasi penting yang ada dalam dunia ni. sedih dan gembira. Waktu gembira meraja, sedih pula menyepi. sama waktu kita berkawan dengan sedih, gembira hanyalah musuh yang memerhati dari jauh. keduanya tak kan pernah boleh duduk bersama dalam hati kita.

tapi, kala ini aku punya sisi kegembiraan dan kesedihan. yang mana pada aku sisi gembira adalah momen untuk perkongsian bersama. baik dengan teman, rakan seperjuangan, insan tersayang atau family. tapi tidak untuk kesedihan. mungkin sedih aku hari ni bukan sedih yang sakit atau perit. tapi sedih yang bercampur gembira untuk kau teman.

lima belas tahun dalam mengenali hati budi setiap kawan yang diangkat sebagai teman sehidup semati. aku tetap gembira dengan kehilangan sorang lagi teman yang melangkah ke fasa hidup barunya esok.

semoga selamat semuanya, Nurdaniaadilla. 
 

No comments: