Thursday, February 28, 2013

I love you.

Tarikh hari ini datang lagi. Aku agak kau senyum mahal. Tapi tak semahal kau kandungkan aku sembilan bulan. Terima kasih kerana pinjaman ovum mu.

Jadi tuhan,

Aku tuliskan surat kepada mu. Moga dapat terus aku layangkan dan diseret angin ke syurgamu. Moga bila kau buka nanti, akan kau utuskan dia. Angkatkan 'mama' ku yang hebat di celah langitmu.

Selamat hari lahir mama. Aku tahu sayang kau pada aku tak pernah putus.

Wednesday, February 27, 2013

Lelaki malang

Sewaktu masih pendek akal, aku pernah berkata dalam hati. "lelaki yang akan bersama aku nanti adalah lelaki malang".

dan kini aku sudah sedikit matang, lelaki malang itu sudah tidak bersama dengan aku lagi.

sambil memperagakan senyum yang paling menawan, aku berbisik "kamu sudah jadi lelaki bertuah".

Berdikit dikit.

Aku hanya perlu ruang dan waktu untuk melunaskan semua impian aku. Mungkin masa yang diberi agak singkat. Juga terlalu singkat untuk membuang segala celaka yg tersia. Sesungguhnya sekarang ini aku tengah mengajar fizikal aku untuk belajar bersabar. Maaf.

Monday, February 25, 2013

Kita.



Perasaan paling celaka sekali bila makin lama bercinta, makin menjengkelkan. Aku tak kata hubungan kita ada masalah BESAR! aku juga tak kata yang kekasih hati aku ada betina lain. aku kata menjengkelkan sebab bila jauh, bila kami jarang jarang msg, masing masing sibuk dengan hal masing masing, aku akan mula fikir yang bukan bukan. aku benci perasaan ni sebenarnya. mintak di jauhkan. tapi aku tak boleh elak untuk saiko pemikiran aku sendiri untuk fikir benda yang tak ada apa apa pun sebenarnya.

jauh.

sakit.

aku cuba bertahan untuk hubungan yang hampir cecah dua tahun ini.

moga tuhan menjaga setiap cerita cintamu.
dan kamu disana gembira dan bahagia walaupun tanpa kita.

Thursday, February 21, 2013

21022013

Masih bertahan. Baki di tangan ada empat puluh enam ringgit tunai..

Tuesday, February 19, 2013

How?

The question is.. how to survive in 50 ringgit until your next month salary?! Today is 19th. You always got your salary on 1st, maybe 2nd or maybe 3rd, every month! Haiyaaaaaaaaaa.. *tepuk dahi*