Saturday, March 30, 2013

#13

Hidup ni kena ada sacrifice. kalau nak have fun sampai takde masa depan itu kan maknanya takde tanggungjawab? i don't have a reason to marry someone like that. kan?

Friday, March 29, 2013

#12

Kalaulah manusia di luar itu tahu betapa bosan dan sunyinya menjadi manusia seperti aku...

Thursday, March 21, 2013

Rajuk.

Jangan kata aku diam sebab aku alpha dengan dunia. jangan kata aku tak peduli sebab aku lupa diri.

asal usul, aku sedar.

tanggungjawab aku beri.

cuma,

bagi masa aku bersendiri menikmati hidup tanpa orang yang paling penting dalam hidup ini..

sementara.

sebab bila aku pentingkan mereka, hati ini tak dijaga. tak perlu balas apa apa.

cuma,

sedikit kebahagiaan hati, untuk kelapangan dada.

aku akan pulang. tapi bukan sekarang.

maaf.

Friday, March 15, 2013

#11

Lagi beberapa jam untuk mengecapi kebahagiaan... sementara!

Wednesday, March 13, 2013

#10

Ye. aku memang keras hati. jadi?

pedulikan aku.

Monday, March 11, 2013

#9

Empat hari lagi, tapi ibarat sebulan lamanya.

*sigh*

Sunday, March 10, 2013

#8

Mata mengantuk. pemikiran terjaga. kalaupun lelap, tapi tak lena. tolong otak. kosongkan segalanya. aku perlukan tenaga esoknya walaupun tak bekerja. pemikiran aku rindukan seseorang gamaknya?

Saturday, March 9, 2013

Every me, every you.

Walau bangsat macamana pun kau
tak kisah lah macam mana kelakuan kau
kalau aku angkat kau sebagai SAHABAT aku,

dan

aku rasa sebangsat kau tu tak kan kemana
apa saja peri laku kau aku tetap ada belakang kau,

dan

walaupun hari hari kau macam palat
di kencing, di ludah, insan yang sekaum aku
aku tetap ada,

dan

walau aku tak boleh beri hati aku pada kau
aku harap boleh beri kedamaian dalam hati kau

ingat itu SAHABAT!

banyak benda berlaku sepanjang kita bersahabat. memori, terlalu banyak. rasanya tak perlu di ceritakan. simpan dalam otak, lebih save.

selamat hari lahir ke dua puluh enam Amir Qhashaff Amir Hamzah. hanya doa yang mampu aku beri untuk kebahagiaan kau.


* we hate to call that name each other. hate it!

Friday, March 8, 2013

#7

Degil itu yang buat aku terus mengejar. tanpa penat.

Thursday, March 7, 2013

#6

Sesungguhnya aku adalah gadis yang sentiasa berkata 'ya'.

tapi yang paling sedih aku tak pernah tahu bagaimana untuk menolak dan berkata 'tidak'.

pathetic.

#5

Hitung hari untuk lepaskan semua rasa.

sementara.

tak sabar untuk merasa penat walaupun sekejap.

lapan hari lagi.

Wednesday, March 6, 2013

#4

Menjerit dalam hati. menangis dalam gelap. berfikir pakai otak. hanya lampu neon yang menerangkan bilik. berhari hari berkurung memikirkan perkara yang tak sudah. apa salah. apa silap. betul lah. susah nak jadi diri aku ni. yang bukan diri aku sendiri pun susah nak faham tentang aku. kalau malas, pergi jauh! aku manusia rabel. manusia keras kepala. tapi ada hati perut. macam mana nak luahkan apa yang terbuku dalam hati sebenarnya ni? buntu.

#3

Setiap kehidupan ada cerita. kita pelakonya. yang di atas pengarahnya. kita dibayar dosa atau pahala atas setiap apa yang di lakonkan. yang kiri dan kanan tetap setia dengan tugas yang diberi. memang apa yang di arah sudah tertulis. terpulang pada kita untuk mencorakanya.

pilih.

Tuesday, March 5, 2013

#02

Hitung masa, waktu dan hari. sebulan punya sakit tak boleh nak ubat untuk tiga hari sebenarnya. kalau boleh aku nak penawarnya hari hari. kalau boleh.

sabar.

sepuluh hari lagi.

#01

Masih bertahan. tinggal beberapa jam saja lagi untuk menjadi kaya. kaya untuk sekejap. lepas lunaskan segala hutang yang ada aku jadi kayap semula.

hidup.

Monday, March 4, 2013

Sakit.

Pernah tak kau lalui saat dimana kau korbankan perasaan kau semata mata nak jaga hati orang lain? orang yang kau sendiri sayang?

atau

pernah tak kau rasa sakit dengan benda baik yang kau lakukan tapi takde siapa nampak kebaikan itu?

atau

pernah tak kau rasa tengah dalam usaha nak perbaiki diri, tapi orang sentiasa nampak keburukan yang pernah kau buat?

aku rasa sekarang.
aku okay.

(mati)

 

Sunday, March 3, 2013

Tolong.

Apa lagi yang mampu aku bantu selain doa dari jauh untuk mereka mereka yang terkorban. aku malas nak campur aduk banyak kata kata dari berjenis mulut busuk dan wangi rakyat. biar kan. apa daya, apa kuasa kita untuk menghakimi apa yang perlu mereka buat. tapi kalau boleh aku harap buat tindakan yang hebat sebelum lagi banyak nyawa yang melayang. tolong. kalau rakyat luar yang susah kita terdaya untuk bantu kenapa susah sangat nak bantu kroni kita sendiri? jangan bataskan pertolongan. pray for Lahad Datu.

Friday, March 1, 2013

Diam yang bodoh?

Aku berada dalam situasi yang sama. masih berdiam diri. bila perlu, maksud aku. terkadang, lebih baik berdiam dari selantang bersuara. terkadang juga ada sesuatu yang lebih baik terus dirahsiakan dari diketahui. diam dan jangan katakan sebarang kalau ia menyakitkan. aku tak bodoh. aku jaga hati aku sendiri. jeritan dalam diam itu lebih kuat sebenarnya dari jeritan hiruk piruk. 'silence is the loudest scream'. ok. jom duduk diam diam.