Monday, April 29, 2013

#18

"Just want you to know saya bukan masak untuk awak. awak tahu, kan? saya akan masak banyak untuk hilangkan stress. it's a therapy. tapi makanan yang banyak tu kalau tak makan membazir. so you better be hungry atau nanti saya akan mengamuk."

Cerut carut.

Nak marah pasal apa? bila kita marah kita jadi lemah. cakap kita jadi merapu. tindakan kita jadi melulu. segala keputusan yang kita buat hanya kerana mengikut nafsu. Halahhhhh

Friday, April 19, 2013

Belajar. Jadi. Diri. Sendiri.


Menjadi diri sendiri adalah suatu proses.

proses pembelajaran.

mulai dengan merangkak. kemudian berjalan. jatuh dan bangun seseorang itu semuanya akan membentuk siapa kita di masa mendatang. pahit dan manisnya kehidupan semuanya sudah tertulis. jika mahu belajar, hadap saja.

lumrah alam.

aku.

dari seorang yang tidak suka bergaul sebarangan, tetapi aku boleh menjadikanya bising bila sudah serasi. 
dari muka yang semasam cuka di berikan, aku boleh menjadikanya muka yang paling manis.

aku belajar. mengenali baik hati orang lain. bukan hanya baik hati diri sendiri.
aku belajar. mengenali busuk hati orang lain. bukan hanya busuk hati diri sendiri.

tak perlu nampak orang itu saja jahat. orang itu saja busuk.
tak perlu nampak baik hati dan mulianya diri sendiri.

jangan selalu memberi kemenangan kepada setan laknat dengan perkara perkara hitam dan busuk yang kita buat.

mereka gembira.

cuba.

jadikan diri cantik. sehabis cantik. 
jika tidak pada luaran. bagi pada dalaman.

"everyone is beautiful on their own way"

jadi,

belajar saja untuk jadi diri sendiri.

itu sudah cantik. Yelah.


Tuesday, April 16, 2013

Good enough?

Perasaan 'kau tak cukup bagus' adalah perasaan paling sampah yang pernah kau rasa?

itulah yang aku rasa hari hari. even sekarang pun aku tengah merasa benda yang sama.

"kuatkan hati. everything will be just fine... okay?"

kata kata ni buat aku nak tendang je pada orang yang katakan.

walaupun aku dah cuba lakukan sesuatu yang cukup bagus bagi aku, tapi aku tak tahu apa pandangan sekeliling terhadap aku. bila aku ditegur dengan kesalahan, down aku boleh capai hingga 0.99 peratus.

aku bukan manusia yang tak boleh dikritik.

kritiklah.

tegurlah.

lemparkan apa jua kata kata.

aku simpan, kunci dalam otak kemas kemas.

bikin revision.

aku tak melawan, jika benda yang di lemparkan benar.

silap,

jika onar yang dilemparkan.

aku bole jadi buas!

kau sendiri, dah cukup hebat?

Monday, April 15, 2013

#17

Salah satu punca sukar lelapkan mata pada waktu sebegini selain memang tak mengantuk, mungkin aku banyak berfikir.

rindu?

teringatkan seseorang?

kerja?

percutian?

semua di atas!

Saturday, April 13, 2013

#16

Berkahwin tu tak susah. hanya akad dan nikah.

tapi,

orang sekeliling yang bikin jadi payah.

Friday, April 12, 2013

#15

Enam belas hari selepas dari tarikh kelahiran aku. hari ini. sedikit lewat untuk ucap syukur buat diri sendiri di laman ini.

tapi aku tetap bersyukur setiap masa dengan setiap nafas yang di hela.

dua puluh tujuh.

memang sudah secukup rasa. aku tak kata aku dah cukup makan garam, atau aku dah boleh di gelar otai asam garam kehidupan. aku masih lagi bertatih untuk mengejar kehidupan yang buas dan kejam ini.

cuma aku dah penat untuk semua rasa yang basi. cuma aku harap, untuk yang hadapan, aku dapat merasa sesuatu yang manis, enak dan secukup rasa.

tapi yang sebenarnya, makin kita berusia, makin banyaklah rasanya.

terima kenyataan.

Thursday, April 4, 2013

Manusia itu.

Kenapa manusia sukar nak mengaku kesilapan sendiri?

kenapa manusia sukar nak buang segala ego yang ada ke tepi?

kenapa manusia sentiasa keras hatinya seperti batu?

kenapa?

sebab manusia yang dimaksudkan itu aku. kalau manusia itu orang lain mungkin takde sebangsat apa yang terjadi di atas.

aku tak mengaku salah bukan sebab aku fikir aku sentiasa betul. tidak sepanjang hidup aku sentiasa melakukan kesilapan. tapi lumrah manusia. bila sekali melakukan kesilapan, sampai ke mati orang pandang hina.

ego aku berbatas. bukan selamanya aku nak tunjuk ego jantan aku pada semua orang. perempuan, kalau kau berubah jadi pengkid pun, kalau kau putus cinta dengan awek kau. kau nangis tepi longkang jugak kan? jangan tipulah. ini pula aku yang perempuan sejati ni. cuma bagi aku masa meneliti baik buruk kehidupan yang aku sedang tempuh sekarang.

memang aku keras hati! tapi aku rasa sekeras keras aku hati aku boleh lembut atau cair kalau kena caranya. kerak nasi pun kalau direndam air boleh lembut. ini pula aku, lol. cuma kebelakangan ni banyak perkara negetif yang terjadi buat aku makin lama makin taknak berlembut. makin diam makin dipijak.

habis macamana?

aku pilih diam.

bila diam pula mereka kata sombong?

G mati lah.