Thursday, April 18, 2013

Santun.

Ada satu cerita.

tapi tiada kena mengena tentang diri sendiri atau orang sekeliling aku. ini cerita aku menelaah dari buku. tak pasti kisah benar atau rekaan semata. tentang kisah yang selalu terjadi di sekeliling kita. kehidupan remaja, sosial, dan percintaan.

seorang student. tinggal serumah dengan kekasih di atas sebuah rumah kedai yang berjirankan mamak yang kerja di kedai bawah tempat tinggalnya dan pekerja vietnam di kilang berdekatan. saving. sewa bulanan rm100. bila duduk berdua sorang rm50. orang sekeliling tak tahu. tapi ada dua orang kawan baik yang tahu. cuma harap berjaga jaga jangan sampai kantoi. bukan kawan nya bersubahat. tapi tak lalu nak nasihat. sebab fikirkan kawan, mungkin.

biarkan.

suatu hari, kawan baik kepada pasangan ini, mereka gadis kedua duanya, ingin bertandang di rumah pasangan itu.

melepak, tonton tv, borak borak. bikin haruk.

agak lama mereka berada di situ. terkandas dek kerana hujan lebat di luar. beberapa kali dipelawa untuk tidur di situ sahaja. tapi pelawaan itu di tolak dengan sopan. "kalau hujan berhenti, kitorang balik. kalau tak, kitorang tidur sini aja lah".

maghrib menjelang.

"korang nak maghrib dulu? dah masuk waktu," tanya tuan rumah kepada kawan nya.

pandangan amat dalam di lemparkan pada kawan nya. pandangan yang nampak bersahaja, tetapi sebenarnya ada maksud yang terdalam yang tak terfikir dek mereka. sebuah pandangan tentang - "tidak ada manusia sebenarnya punya kehidupan yang sempurna dalam cela. dan cela dalam sempurna".

nafas perlahan, tenang, dan gembira di hembuskan oleh kedua kawan nya- Santun, Petak Daud.

No comments: