Sunday, May 19, 2013

Ranggi.

Luahan dari hati kecil gua sebab gua rasa orang selalu nampak gua selebet.

gua okay.

cuma, 

gua memang tak pandai tepek muka dengan bedak tebal tebal.

gua tak pandai toreh kening kasi nipis lepas tu lukis balik kasi cun. yang tuhan bagi untuk gua dah rasa paling cun dah.

gua tak reti pakai celak tebal tebal macam avril lavigne bajet emo lepas tu lentik hujung macam cleopatra. 

bibir gua kering. gua reti nak lembabkan pakai pelembab bibir je. nak bagi merah macam makngah gua tak reti. gua tak hingin sebenarnya. 

sekarang ni memang trend budak budak sekolah kalau nak hang out dengan member kena make up tebal tebal ek? gua masa remaja dulu ingat kalau nak make up bila dah besar, pergi kerja dengan pergi dinner kat hotel je.

sorry, gua naif.

skang gua dah besar, gua dah pergi kerja dan kadang kadang office buat dinner kat hotel still gua tak reti pakai tu semua.

sorry, gua naif.


Friday, May 17, 2013

#20

Cukup cukuplah dengan status menganjing kau tu. tak kesah lah kau tujukan kat siapa. kalau memang bukan batang hidung aku pun, kau kerja nak menganjing orang lain tak kena tempat ingat cool? sangat tak cool okek. 

dulu, kenapa tak tunjuk usaha nak tambat hati aku sampai kita boleh bertahan?

kau tayang ego, sepuluh kali ego boleh aku tayang.

kalau lah kau cepat bertindak..

eh? terasa ke? silakan :)

#19

Jadinya, bila semua ciri ciri yang kau idamkan dah menampakan ada dalam genggaman kau. apa lagi yang kau mahu?

banyak.

belum pasti yang berada dalam genggaman, selamanya kita genggam. aku mahu genggam tangan mu selamanya.

harap ianya pasti. bukan angan angan atau cerita dongeng yang selalu dipertontonkan semasa kecil.

sayang. rindu ini makin kuat!

Sunday, May 12, 2013

Oxygen.

Dua puluh tujuh tahun. masih bawah tanggungan kau. walau berak, mandi, makan dah tanggung sendiri. tapi aku tak sanggup sebenarnya biar kau tanggung dosa nakal yang pernah aku cipta.
bergaduh, bertekak perkara biasa.
sendiri gelar anak angkat, anak tiri perkara biasa.
kata aku pungut dari tong sampah bila marah perkara biasa.

i'm such a black sheep of the family.

dah lali.

tapi akhirnya, buruk, jahat, kambing hitam pun anak mu ini, celah ketiak kau jugak dia cari.
jadi tuhan, aku mahu mengadu. naik kan doa org tua hebatku ini di celah langitmu.

happy mother's day, mama.


love you to bits, ma ❤