Sunday, May 19, 2013

Ranggi.

Luahan dari hati kecil gua sebab gua rasa orang selalu nampak gua selebet.

gua okay.

cuma, 

gua memang tak pandai tepek muka dengan bedak tebal tebal.

gua tak pandai toreh kening kasi nipis lepas tu lukis balik kasi cun. yang tuhan bagi untuk gua dah rasa paling cun dah.

gua tak reti pakai celak tebal tebal macam avril lavigne bajet emo lepas tu lentik hujung macam cleopatra. 

bibir gua kering. gua reti nak lembabkan pakai pelembab bibir je. nak bagi merah macam makngah gua tak reti. gua tak hingin sebenarnya. 

sekarang ni memang trend budak budak sekolah kalau nak hang out dengan member kena make up tebal tebal ek? gua masa remaja dulu ingat kalau nak make up bila dah besar, pergi kerja dengan pergi dinner kat hotel je.

sorry, gua naif.

skang gua dah besar, gua dah pergi kerja dan kadang kadang office buat dinner kat hotel still gua tak reti pakai tu semua.

sorry, gua naif.


No comments: