Friday, August 23, 2013

Watak.

Setiap hari menunggu tidur ku. 
untuk melihat watak yang dipegang ku. 
pedulilah hebat atau tidak peranan ku.
asal dapat menghias malam malam ku.

mimpi.. 

drama apa lagi kita malam ini?

Thursday, August 22, 2013

Lupa dalam sedar.

Mungkin, suatu detik atau ketika baru dia sedar yang dia ada hati yang perlu di jaga.
mungkin dia terlupa,
 
mungkin?
 
atau dia hilang ingatan?
atau akses yang menghubungkan kita termati seketika?
atau sengaja mahu mendiam diri?
 
semoga lupa kau pada aku cepat cepat tersedar sebab kita ada banyak urusan yang perlu disudahkan bersama.

Jarak jauh.

Nak ketemu, perlu beratus kilometer, perlu masa, perlu modal.
nak berbual, perlu kelapangan masa.

waktu aku lelap, kau celik.
waktu kau lapang, aku sibuk.

samalah,

macam aku tua, kau stay young.
tapi harap jodoh kita berpanjangan.

kita baru lepas satu fasa.
untuk naik ke fasa seterusnya perlu sabar.

belum tentu jodoh kita kekal.
tapi tuhan tu kan ada untuk dengar doa kita.

cuma aku harap kita perlu bertahan untuk sedikit masa.
biar ayat 'jarak jauh' itu terhapus dalam kamus hubungan kita.

Muram.

Dan apabila riuh rendah, bingit bising, hiruk pikuk yang kau selalu terbitkan tiba tiba suram.

aku anggap kau tengah muram.

Tuesday, August 20, 2013

Searcing...

Sepertinya setiap pencarian jodoh manusia manusia solo bagai tiada kesudahan.
kalau pencarian itu semudah pengunaan kompas atau gps, pasti ramai dah lepas.
 
tapi nak cari perlu buat research.
 
dari perwatakan baik sebesar kuman hingga penampakan jahat sebesar alam.
dari awalnya tahi sewangi bunga hingga kentut sebusuk bangkai.
 
manusia.
memang tak kan pernah cukup mahu pun puas dengan apa yang ada.
 
tapi bukan semua.
 
ada yang mengharapkan takdir tuhan semedang.
ada yang berusaha asal choice sendiri.
 
mana manalah.
 
kata aku,
 
biar cari sama kepala.
 
kalau kau keras, dia keras, tapi masuk, ngam.
kalau dia lembut, kau lembut, tapi masuk, ngam.
kalau kau keras, dia lembut, masuk kepala, ngam.
kalau kau lembut, dia keras, tapi masuk kepala, tetap ngam.
 
ikut kata hati.
pilih.