Tuesday, October 8, 2013

Oh Land - Wolf & I (Live)


Dia... aku kata.

Hari itu,
 
dia kata maaf pada aku.
dia kata fikiranya bercelaru.
dia kata dia suka marah tak menentu.
ego la tu katanya lagi.
 
aku diam.
 
aku diam sebab tergamam.
yang dia memang jarang jarang mintak maaf pada aku.
jarang jarang nak mengaku silap diri sendiri.
jarang jarang nak kata diri ego.
 
tapi elok lah tu kalau sedar diri.
cuma kalau boleh biar kata kata datang dari hati.
dan, jangan buat lagi.
 
aku kata depan depan, tak apa, aku maafkan.
tapi dalam hati, aku dah bagi satu penumbuk yang tajam tepat ke mukanya sebab geram.
 
sekian.

Ini baru nama kawan.

Kalau tuhan bagi aku pilihan untuk lima belas tahun ke belakang, aku tetap pilih nak kawan dengan kau.

peduli lah mulut kau macam parit, tapi aku je tau pahit manis berkawan dengan kau.

tuhan tu dah atur hidup aku yang rumit ni, kemudian temukan manusia yang murah hati macam kau tu.

berkawan dengan kau tak perlu jaminan.
tapi ibarat meminta sedekah pada sahabat.
sedekah yang bukan wang ringgit.
sedekah kasih sayang antara sahabat yang boleh doakan kita masa hidup sampai mati.

dia, antara sahabat lima belas tahun aku.

selamat dua puluh tujuh tahun, wanie.

kami sayang kau sampai mati.