Tuesday, October 8, 2013

Ini baru nama kawan.

Kalau tuhan bagi aku pilihan untuk lima belas tahun ke belakang, aku tetap pilih nak kawan dengan kau.

peduli lah mulut kau macam parit, tapi aku je tau pahit manis berkawan dengan kau.

tuhan tu dah atur hidup aku yang rumit ni, kemudian temukan manusia yang murah hati macam kau tu.

berkawan dengan kau tak perlu jaminan.
tapi ibarat meminta sedekah pada sahabat.
sedekah yang bukan wang ringgit.
sedekah kasih sayang antara sahabat yang boleh doakan kita masa hidup sampai mati.

dia, antara sahabat lima belas tahun aku.

selamat dua puluh tujuh tahun, wanie.

kami sayang kau sampai mati.

No comments: