Thursday, June 27, 2013

Imune

Hati menangis..
 
aku sendiri yang faham maksud tersiratnya.
kau? hanya mengerti menunding jari mencari salah yang tak laku.
 
selagi bertahan;
sampai bila?
 
sampai hati ni dah koyak macam kertas yang dulu boleh di pakai untuk mencoret segala?
sampai besi yang kukuh jadi berkarat?
sampai tulang yang kuat menjadi rapuh?
 
setakat ini.. aku masih imun dengan segala yang mendatang.
 
tapi yang mendatang tu.. mampu?

Monday, June 10, 2013

Sunday, June 2, 2013

Buang segala telur busuk.

Aku tak tahu macam mana nak luah. mungkin simpan lebih baik. saat aku luah kata kata di sini, hati aku menangis. tapi reaksi muka aku kosong. nak explain lebih lebih pun tak boleh. orang tak kan faham.

pedih, tapi bukan yang sangat pedih.
sakit tapi bukan yang sangat sakit.

sebab ianya dah di tutup dengan kegembiraan sekarang. syukur.

hidup. tak banyak pilihan. selagi kaki belum patah, kasi jalan.
kau hanya perlu bertahan. pasti kegembiraan yang kekal akan datang.

mulut kena bijak, hati kena kental.

kenangan dengan bekas yang lama lama, kau kasi buang. sekarang kau hanya perlu tumpukan pada satu ni. yang lain jangan dilayan. walaupun pernah berperasaan masa lampau.

pedulik?
tak lagi.

tapi pada yang satu di hati ni, sampai mati!

ye, ini kisah bekas kekasih dengan perempuan, perempuan, perempuan sampahnya.

iye.