Sunday, May 15, 2016

Hingga Hujung Waktu

Hari yang indah. Kau bawa aku naik cooper lama mama. Tempat itu nyaman dan indah. Luar biasa indah! Seperti 'syurga' bumi. Awan yang seperti marshmallows. Langit yang biru. Dan kiri kanan bendang seperti lukisan. Aku mati kan a/c dan turunkan cermin kereta. Keluarkan tangan dan rasai angin yang melalui tapak tangan.

Nyaman...
Dia nyanyi lagu kegemaran kita, ikut nyanyi di radio. Aku pandang kau, dan kau senyum pada aku. Dengan ikut nada lirik kau pandang aku lagi. Beri makna setiap perkataan yang kau ucap. Kau pegang tangan kanan aku dan genggam erat seperti takut untuk lepaskan. Tapi tak kan. Bukan dalam waktu itu, di mana tak ada perkataan yang boleh digambarkan bagaimana rasanya.
Sepi..
Memang semuanya nyata tapi perjalanan kita masih lagi panjang. Aku masih lagi fikirkan yang bila kita dah sampai di tempat yang di tuju adakah kau masih nyanyikan lagu kegemaran kita? Dan genggam erat tangan aku?
Aku memandangnya dengan senyuman, dan berdoa yang tiada penghujung di setiap jalanan yang kita lalui.. 
.. dan tak perlu keluar dari cooper buruk mama kau ni.