Thursday, August 30, 2012

Adia



ketagih.

Wednesday, August 29, 2012

Mesra alam.

Rokok. ramuan paling berkesan untuk rapatkan silaturahim lebih lebih lagi dalam suasana pejabat. mujur aku dah kurang merokok.

Tetap Sayang

Pernah tak kau suka seseorang, tapi yang betul-betul suka. Aku pernah. Aku betul suka ni. Hahaha. First time aku suka seseorang yang aku boleh guna pakai ayat, “dari mata turun ke hati..” sebenarnya ceita dah beberapa tahun lepas, tapi masih terkesan sampai sekarang and aku rasa maybe sampai bila-bila. Seseorang yang buat aku selesa, yang buat aku gembira, yang buat aku sentiasa tunggu masa yang akan kita luangkan bersama. 

But now he’s gone.

Tahniah!

Berita baik yang sedikit sedih. meninggalkan banyak kenangan. saya gembira untuk awak. kenyataan awak semasa kita berbual tadi, yang life saya ni misteri gile memang buat saya terkenang zaman gile kita dulu. dan sampai sekarang tiap kali awak tegur saya awak tak habis habis tanya how's your life? by the way, life saya tetap sama. life awak saja yang dah naik pada satu fasa. tahniah atas pertunangan awak red. semoga kekal.. akhir hayat hingga syurga :)

Tuesday, August 28, 2012

Gigi tak sempat patah.

Sebetulnya aku mahu tidur. aku masih tak bosan dengan bantal yang sama. cuma aku tak mampu lelapkan mata kala sakit datang menyerang. aku sepatutnya merasa kesakitan ini masa zaman kanak kanak riang atau paling tidak masa zaman remaja dulu ataupun mungkin pada angka awal dua puluh-an. tapi kenapa apabila pada angka lebih suku abad ini baru nak datang? sememangnya betul lah apa yang aku selalu dengar orang kata. sakit tumbuh gigi akhir ni memang amat sakit. ye. memang aku sedang menahan sakit yang amat! 

Monday, August 27, 2012

Memang macam..

Tadi sorang bising kata "damn?! keje banyak gile!"

lepas tu aku kacau momoe kat fb tanya awat diam ja.. dia jawab
"bz macam lakhanat!" aku senyum lagi.

kerja memang ada. tapi aku relax je lagi sebab kalau buat cepat cepat,
nanti kerja siap cepat, dah termenung tak ada kerja.

sekarang kerja tiba tiba datang macam tsunami dan urgent!

"memang macam…!"

Sunday, August 26, 2012

Back to basic.

Terlalu singkat menikmati syurga.


tidak lama lagi, aku akan berjumpa dengan neraka kembali.



"hello city of hypocrite. i'll be there soon!"


Saturday, August 25, 2012

Show me your chirpy.

Tak dope la orang kata lu nak move on tapi lu tak happy. happy tu macam lu jugak. kena hidup. lu kena siram dia setiap pagi macam lu mandi pagi, lu kena bagi dia makan, bagi dia entertainment. kalau lu tak jaga happy tu macam bapak lu jaga lu, macamana happy tu nak hidup. hidup kena happy dan wa harap semua orang hidupkan happy yang ada dalam diri lu. bye.

Friday, August 24, 2012

aku menulis supaya aku tidak lupa.

Fakta bukan auta.

fakta yang aku ni keras kepala adalah benar.
fakta yang aku mempunyai ego yang besar adalah benar.
fakta yang aku ni suka lari dari masalah adalah benar.
fakta yang aku ni senang terjerumus ke dalam kancah keburukan adalah benar.
fakta yang aku ini seorang yang tidak boleh terima yang aku salah adalah benar.
fakta yang aku ini seorang yang sukar untuk difahami adalah benar.
fakta yang aku ini lain daripada yang lain tersangat lah benar.


fakta yang orang memang selalu pandang negetif  kepada aku adalah benar!

yang benar,
yy

Ditipu atau diuji?

Pemerhati dari jauh.
semakin mendekati, semakin mengetahui, semakin sakit. 
kalau diam diri, makin lama makin tak tenteram juga diri.

kalau terlalu ego, lama lama makan diri sendiri.
kalau terlalu degil pun makan diri sendiri.
habis nak jadi apa terlalu apa?
menunduk dan mengikut kata?
itu orang bodoh yang tak ada keyakinan diri!
keras kepala aku, degil aku bersebab.
biar makan diri, janji puas hati!

dia datang menguji lagi.
kalau aku jadi watak alim, perkataan 'pijak kepala' semakin menjadi jadi.
aku tak nak jadi seperti suami yang dayus atau manusia yang buta hati.

alim aku alim berotak.
jangan senang senang nak pijak!

a
k

p
e
n
a
t

Rahsia syawal

Nak tau satu rahsia?

syawal tahun ni paling tak seronok..

paling tak meriah..

paling tak rasa kicknya..

tak tau kenapa..

sebab aku tak dapat banyak duit raya kot..

sebab aku dah kena bagi duit raya kat budak-budak kot..

sebab aku beraya tanpa nyawa aku kot..

entahla.. aku ni mengada lebih.. orang lain relex je.. aku yang terasa lebih..

tapi.. benda yang aku terasa lebih tu selalunya benda yang betul..

"syawal?
eskius mi what?
aidon andesteng.."

entahlah.

Arah yang tak pasti

Komputer riba

rokok

sedikit duit

sedikit ilmu

aku mengembara..

in a middle of nowhere..

*i hate fight, make me doing something beyond my reach.. and it's not fun at all*

Wednesday, August 15, 2012

Aku cuma harap aku ni masih lagi perempuan yang melintas dalam otak kau bila kau bangun pagi, dan bila kau nak tido lepas balik kerja.

Pahit vs Manis Ramadhan

Kebelakangan ni macam macam dugaan aku dapat, tapi macam biasa lah, aku relex je. aku bukan macam zaman moral rendah dua, tiga, empat, lima, enam tahun yang lepas. zaman akal cetek, yang akal letak kat lutut, zaman rebel lebih. bila tension, drugs.. bila depress, pills.. bila frust, fikir lebih baik mati! sekarang makin matang, makin berakal, makin cool, makin perempuan (dalam usaha) dan makin teratur dalam percakapan. HAHAHAHAH! ini kelakar.

pahit ;
persetankan apa yang orang kata pasal aku. apa yang orang fikir pasal aku. hidup aku sekarang makin teratur dan makin bahagia. aku dah penat jaga hati orang sebenarnya. jaga hati orang yang aku sayang, orang yang aku respect, orang yang aku always fikir positif about them, but what do I get back? nothing! only one word to them.. selfish! orang macam ni sebenarnya takde perasaan. elok berkawan dengan Edward Scissorhands. they are mostly physically sick. butuh perhatian mungkin. kesian. 

manis ;
hey! gaji bulan ni tak sempat  nak luak pun. tadi dah dapat duit raya dari boss. esok dapat bonus pula dari boss. esok juga dapat payment freelance job untuk pre weeding aida. alhamdulillah. syukur. berkat sabar kot. even pahit, kisah-nya lain. tapi bahagian manis-nya, dapat ganjaran lain. 

Ramadhan ;
selain menahan nafsu lapar dan dahaga, tahun ni ramadhan aku di uji menahan sabar yang lebih! terasa dugaan maha hebat Kau berikan. dengan segala rasa, aku belajar dari hari hari semalam. so, aku okay :)


ya tuhan. semoga panjangkan ketabahan dan kesabaran hamba mu ini.

Thursday, August 9, 2012

Thursday yang binawe.

Masih lagi dekat ofis. sedang bermalas malasan mengadap drawing yang nak di cuci. ahh, malas! buat saban hari kanta aku semakin rosak. sambil tunggu pukul lima sambil dengar lagu band-band 90's yang aku baru download tadi.

Dah berjam jam aku mengadap blog ni, betul kata kata khamis.
ketidak-seronok-an-hari.
bin-ah-wehhhhh..

Friday, August 3, 2012

cuti. bahagia :)