Sebetulnya aku mahu tidur. aku masih tak bosan dengan bantal yang sama. cuma aku tak mampu lelapkan mata kala sakit datang menyerang. aku sepatutnya merasa kesakitan ini masa zaman kanak kanak riang atau paling tidak masa zaman remaja dulu ataupun mungkin pada angka awal dua puluh-an. tapi kenapa apabila pada angka lebih suku abad ini baru nak datang? sememangnya betul lah apa yang aku selalu dengar orang kata. sakit tumbuh gigi akhir ni memang amat sakit. ye. memang aku sedang menahan sakit yang amat!
No comments:
Post a Comment