Friday, April 12, 2013

#15

Enam belas hari selepas dari tarikh kelahiran aku. hari ini. sedikit lewat untuk ucap syukur buat diri sendiri di laman ini.

tapi aku tetap bersyukur setiap masa dengan setiap nafas yang di hela.

dua puluh tujuh.

memang sudah secukup rasa. aku tak kata aku dah cukup makan garam, atau aku dah boleh di gelar otai asam garam kehidupan. aku masih lagi bertatih untuk mengejar kehidupan yang buas dan kejam ini.

cuma aku dah penat untuk semua rasa yang basi. cuma aku harap, untuk yang hadapan, aku dapat merasa sesuatu yang manis, enak dan secukup rasa.

tapi yang sebenarnya, makin kita berusia, makin banyaklah rasanya.

terima kenyataan.

No comments: