Menjadi diri sendiri adalah suatu proses.
proses pembelajaran.
mulai dengan merangkak. kemudian berjalan. jatuh dan bangun seseorang itu semuanya akan membentuk siapa kita di masa mendatang. pahit dan manisnya kehidupan semuanya sudah tertulis. jika mahu belajar, hadap saja.
lumrah alam.
aku.
dari seorang yang tidak suka bergaul sebarangan, tetapi aku boleh menjadikanya bising bila sudah serasi.
dari muka yang semasam cuka di berikan, aku boleh menjadikanya muka yang paling manis.
aku belajar. mengenali baik hati orang lain. bukan hanya baik hati diri sendiri.
aku belajar. mengenali busuk hati orang lain. bukan hanya busuk hati diri sendiri.
tak perlu nampak orang itu saja jahat. orang itu saja busuk.
tak perlu nampak baik hati dan mulianya diri sendiri.
jangan selalu memberi kemenangan kepada setan laknat dengan perkara perkara hitam dan busuk yang kita buat.
mereka gembira.
cuba.
jadikan diri cantik. sehabis cantik.
jika tidak pada luaran. bagi pada dalaman.
"everyone is beautiful on their own way"
jadi,
belajar saja untuk jadi diri sendiri.
itu sudah cantik. Yelah.
No comments:
Post a Comment