Monday, June 27, 2016

The Power of NOW!

Since dah berkahwin and ada anak ni, of coz la banyak benda kita tak sempat nak buat sendiri kan.. plus aku bukan bela anak je. Aku ada 8 ekor kucing nak kena bela! Bayangkan betapa huru haranya rumah nak-nak bila bangun pagi. I don't know, perangai aku bila bangun tido je aku nak semua benda perfect like.. kena sapu sampah dari hall sampai ke kitchen. Basuh pinggan mangkuk yg tersadai. Time tu la nak basuh baju jugak, then sidai kain. That time jugak nak bersihkan toilet, pasir kucing. Bagi depa makan. Everything! I wanna do it when i wake up! I want it happen that time jugak. No tangguh-tangguh. I felt like something when i postpone to do cetern thing. Have you ever heard about Misophonia? It is a condition in which you are easily annoyed and angered by little things. That's me! Everytime when I'm too penat to do all that stuff, finaly aku akan mintak tolong jugak Izwan buatkan like bersihkan pasir kucing ke, buang sampah ke etc.. and everytime tu jugak he always came with his magic word.. nanti, jap lg, kang lah.. But i want it now! Not later. NOW. Kalau nanti, kejap lagi, kang, lastly memang tak buat. Lupa. Trust me! So, after that every time aku mintak tolong dia, aku akan tekan kan ayat NOW, so that dia akan paham. Or other word, i'll become, HULK!

Sunday, May 15, 2016

Hingga Hujung Waktu

Hari yang indah. Kau bawa aku naik cooper lama mama. Tempat itu nyaman dan indah. Luar biasa indah! Seperti 'syurga' bumi. Awan yang seperti marshmallows. Langit yang biru. Dan kiri kanan bendang seperti lukisan. Aku mati kan a/c dan turunkan cermin kereta. Keluarkan tangan dan rasai angin yang melalui tapak tangan.

Nyaman...
Dia nyanyi lagu kegemaran kita, ikut nyanyi di radio. Aku pandang kau, dan kau senyum pada aku. Dengan ikut nada lirik kau pandang aku lagi. Beri makna setiap perkataan yang kau ucap. Kau pegang tangan kanan aku dan genggam erat seperti takut untuk lepaskan. Tapi tak kan. Bukan dalam waktu itu, di mana tak ada perkataan yang boleh digambarkan bagaimana rasanya.
Sepi..
Memang semuanya nyata tapi perjalanan kita masih lagi panjang. Aku masih lagi fikirkan yang bila kita dah sampai di tempat yang di tuju adakah kau masih nyanyikan lagu kegemaran kita? Dan genggam erat tangan aku?
Aku memandangnya dengan senyuman, dan berdoa yang tiada penghujung di setiap jalanan yang kita lalui.. 
.. dan tak perlu keluar dari cooper buruk mama kau ni.