Thursday, August 30, 2012

Tak sempat nak rasmi.

Time sakit gigi memang takde mood nak buat kerja. minggu ni pergi kerja sia sia. kalau ponteng pun sia sia juga tolak cuti atau gaji. baik buat perkara sia sia ni dengan menulis.

baru aku perasan yang baju raya aku beli dua hari sebelum syawal lepas tak pakai pakai lagi. sampai lupa mana simpan. rupanya di seremban. aku teruja beli baju tu sebab gaya macam kekampungan. baju kain cotton yang warna dasarnya putih, hanya dihiasi corak abstrak kecil kecil yang sedikit berwarna. tak glamour pun. mahal langsung tak. aku tak suka sarat.

yang buat aku lupa pakai baju tu sebab keluarga aku, raya tahun ni bertemakan biru. tapi aku tetap beli kurung putih. kambing hitam dalam keluarga. mana pernah peduli apa yang di telah di rancang. asal cantik pada mata aku. tetapi rasa bersalah menyelubungi diri. takut disalah anggap hanya fikir diri sendiri. baiklah. aku akur. pakai sahaja warna biru. tapi yang second-hand.

raya kedua aku dah pergi bawa diri. pulang semula raya ke empat. raya kelima pergi bawa diri lagi. bila sempat aku nak rasmi?

bulan oktober. datang cepat sikit boleh? aku tak tahan nak bawa diri lagi ni.

500 days of summer.

Fuck ah. aku suka gila cerita ni.



sumpah sweet gila!

Adia



ketagih.

Wednesday, August 29, 2012

Mesra alam.

Rokok. ramuan paling berkesan untuk rapatkan silaturahim lebih lebih lagi dalam suasana pejabat. mujur aku dah kurang merokok.
Derita sakit tumbuh gigi bongsu memang memedihkan. Ouchhhh!

Tahniah!

Berita baik yang sedikit sedih. meninggalkan banyak kenangan. saya gembira untuk awak redwan. kenyataan awak semasa kita berbual tadi, yang life saya ni misteri gile memang buat saya terkenang zaman gile kita dulu. dan sampai sekarang tiap kali awak tegur saya awak tak habis habis tanya how's your life? by the way, life saya tetap sama. life awak saja yang dah naik pada satu fasa. tahniah atas pertunangan awak red. semoga kekal ke jinjang pelamin, akhir hayat hingga syurga :)

Positif.

Aku dapat merasakan yang semakin lama aku semakin berubah. berubah kepada sesuatu yang positif. suatu kebaikan. tiada kata kata kesat dari mulut. tetapi kerap terlepas dalam hati dan juga penulisan. ini sahaja ruang untuk aku melepaskan perasaan. mungkin apa yang kau hajati makin menjadi realiti? Jiwa aku juga kini disahkan positif punya kandungan narkotik berpunca daripada ini. Gila ketagih.

Tuesday, August 28, 2012

Madu dan racun.


hai si pengayuh basikal. saya rindu awak. betul.

Gigi tak sempat patah.

Sebetulnya aku mahu tidur. aku masih tak bosan dengan bantal yang sama. cuma aku tak mampu lelapkan mata kala sakit datang menyerang. aku sepatutnya merasa kesakitan ini masa zaman kanak kanak riang atau paling tidak masa zaman remaja dulu ataupun mungkin pada angka awal dua puluh-an. tapi kenapa apabila pada angka lebih suku abad ini baru nak datang? sememangnya betul lah apa yang aku selalu dengar orang kata. sakit tumbuh gigi akhir ni memang amat sakit. ye. memang aku sedang menahan sakit yang amat! 

Kesilapan lalu.

Kesilapan pertama yang aku lakukan dalam bercinta ialah menyibukan diri dalam percintaan monyet. aku tak pasti ini ialah keperluan atau kehendak. tetapi ianya manis. akhirnya aku pergi tinggalkan benda yang manis dalam hidup untuk aku alami rasa pahit.

kesilapan ke-dua apabila bercinta dengan seorang yang sedarah dengan kita. ikutkan hukum memang halal, tapi tak berkembang. orang tua tua kata kahwin sepupu ni darah tak elok. nanti zuriat yang lahir pun tak baik. entah. aku hanya fikir seronok bercinta. sekali lagi aku tinggalkan benda manis dalam hidup untuk aku alami rasa pahit.

kesilapan ke-tiga apabila bercinta dengan orang yang cemburunya melampau dari aku sendiri. aku cuba bertahan untuk lihat sejauh mana boleh pergi dan cuba beri peluang, mana tau boleh berubah. tapi sebab cemburu lebih menguasai diri, aku berikan kepahitan pada dia untuk dia sendiri rasai.

kesilapan ke-empat hanya sementara. cukup singkat. mungkin singgah untuk jadi peneman kerana sunyi. kehadiranya seperti tidak menjadi suatu kepentingan. yang kejam aku. kali ni aku berikan kepahitan padanya tanpa alasan yang kukuh.

kesilapan ke-lima apabila aku rasakan sudah menemui cinta sejati tapi akhirnya kecundang. percintaan paling lama yang aku semai. hampir empat tahun. manis pada awalnya. tapi sayang, manusia sekaum aku juga yang menjadi punca kemusnahan. dan lebih kesian apabila orang yang kita sayang dan percaya juga sama sama melibatkan diri untuk kemusnahan ini. kalau tanya apa yang aku paling kesalkan sekali dalam perjalanan percintaan aku, aku jawab, mengenali orang yang beri aku lakukan kesilapan kelima ini. terima kasih kerana beri aku rasa pahit manisnya bercinta.

kesilapan ke-enam apabila bayang dari kesilapan pertama muncul semula. indah. kerana dia yang beri aku kekuatan di atas kemurungan aku selepas kesilapan ke-lima yang telah kecundang. tapi indahnya tak lama. kesilapanya terhidu apabila diri terasa seperti tunggul kayu. cuma yang buat aku bertahan mungkin kerana aku dah mula rasa malas dan hanya mau berputus asa. tapi lama kelamaan aku sendiri give up dan berikan rasa pahit itu untuk dia dan aku sendiri rasakan.

kini.. aku tak nak ianya menjadi kesilapan lagi. aku akan cuba bertahan hingga selesai semuanya. memang hidup masih panjang. cuma aku tak pasti panjang mana hidup yang akan aku harungi. segala kesilapan yang aku alami hanyalah sejarah hidup aku yang akan aku cuba perbetulkan. Aku masih lagi di bawah konstruksi sungguhpun hidup aku sudah lebih suku abad.

Monday, August 27, 2012

Question mark.

Kenapa Seremban tak terletak belakang rumah saja? kenapa perlu ambil masa sejam lebih kalau naik kereta untuk sampai ke sana? kenapa aku tak di takdirkan seumur hidup aku hanya tinggal di Seremban saja? nampak tak macam mana Seremban tu main peranan yang tinggi dalam diri aku. kalau boleh aku nak letak Seremban dalam poket. mudah untuk dicium lima kali andai rindu melebihi lima jam. boleh?

aku sebenarnya tak berapa teruja tinggal di bandar metropolitan yang hebat membangun ni. tak ada apa yang aku nak banggakan bila tinggal di sini. dekat dengan ikea? curve? duduk condo? ada swimming pool, gym, sauna? semua tu aku tak rasa hebat langsung. malah aku rasa macam burung yang tak bebas terbang. entahlah. sepatutnya jauh dari keluarga, bersosial dengan orang yang hebat hebat hidup makin seronok. tapi aku tak.

mungkin aku masih lagi berjiwa kekampungan walaupun pemikiran agak moden. syukur juga aku tak culture shock seperti segenlintir orang orang yang begitu teruja bila dapat menjadi warga metropolitan.

kemodenan tak perlu cipta bila diri dah jejak kaki di kota besar dan menjadi warganya. aku tak perlu disitu untuk bersosial dan bebas melakukan apa saja. aku tak perlu ada disitu untuk kenal yang perempuan kalau merokok akan nampak cool. aku tak perlu ada disitu untuk kenal segala jenis tok nenek dadah. aku juga tak perlu ada disitu untuk tau yang minum di kopitiam juga nampak cool.

semua benda yang aku tau dan nampak cool itu aku boleh cipta di Seremban. tempat aku mula mula hirup udara yang belum lagi tercemar waktu itu. kalau bukan sebab aku perlu terus hidup, aku tak akan jejak kaki keluar dari Seremban. memang tempat aku menimba ilmu ada di Seremban, tetapi aku perlu keluar untuk capai sesuatu yang lebih tinggi dalam fasa hidup aku. memang kerja di Seremban ada untuk aku teruskan hidup, tapi aku perlu keluar untuk mencari kestabilan hidup yang lebih baik.

memang ada baik buruknya di kota besar. tapi hati aku tetap berkata ; "Seremban, kenapa aku perlu jauh dari kau?"

Memang macam..

Tadi sorang bising kata "damn?! keje banyak gile!"

lepas tu aku kacau momoe kat fb tanya awat diam ja.. dia jawab
"bz macam lakhanat!" aku senyum lagi.

kerja memang ada. tapi aku relax je lagi sebab kalau buat cepat cepat,
nanti kerja siap cepat, dah termenung tak ada kerja.

sekarang kerja tiba tiba datang macam tsunami dan urgent!

"memang macam pelaq baq ang!"

Bersedia?

Kadangkala aku sering terfikir ; adakah aku sudah cukup bersedia untuk ke alam perkahwinan? hati sentiasa mahu, tapi bila orang mula mahu serius, aku jadi takut-takut. perasaan apakah ini? perasaan main-main kah? memang umur makin lama makin tambah satu angka. tapi pada aku ada apa dengan angka itu asal hati aku sentiasa muda. mujur parents aku bukan jenis yang mendesak. depa cool. kalau nak kawin, cakap. kalau tak mau kawin, diam diam.

ramai lagi kawan kawan sekepala yang seusia aku masih single. bukan single tidak berpunya, tapi single belum berkahwin. jadi buat apa aku terkejar kejar? ingat. "perkahwinan bukan suatu perlumbaan antara kawan kawan untuk menunjukan yang anda laku atau hebat."

aku dah berkawan dengan macam macam jenis manusia. manusia yang memang manusia. juga manusia yang macam binatang. untung kalau berkawan dengan manusia yang memang manusia. tapi rugi kalau berkenalan dengan manusia yang macam binatang. sadis.

tapi itu semua yang buat kita matang dalam memilih kawan. kalau takut serik, berhati hati. kalau nak kena lagi, buat lah lagi. untuk aku, kawan kawan yang aku pilih sekarang sudah cukup hebat untuk diri aku sendiri walaupun mereka tidak perlu datang dari orang orang yang hebat. asal hebat dari mata kecil aku untuk menilai sendiri apa yang hebat pada mereka, itu sudah cukup. 

yang penting untuk hati aku sekarang, aku selesa berkawan dengan orang yang semasa aku umur enam tahun, dia mungkin masih lagi dalam proses pembuatan, ataupun baru sahaja menghirup udara segar dunia. asal dia okay, aku pun okay. tinggi rendahnya pelajaran kau, hebat atau kurang hebatnya pekerjaan kau, sedap atau tidak sedap jawatan yang kau pegang, siapa peduli? yang akan menikmati pahit, sakit, gembira berkawan, kita.

jika orang lain gembira untuk kita, mereka akan sentiasa mendoakan kita, bukan mencemuh. apa yang aku hanya harap sekarang, kita bertahan. bertahan hingga kita benar benar bersama. dengan situasi yang aku tak fikir ramai orang boleh harung. hubungan jarak jauh sejujurnya bukan cara aku. kalau aku mampu elak, aku buat. tapi sekarang aku dah masuk dalam jerat aku sendiri. hai la nasib..

lagi satu aku cuma harapkan, "boleh tak awak naik kan angka awak tu ke dua puluh enam? kalau tak dapat pun, ke dua puluh tiga pun sudah cukup. biar orang nampak kita matang dalam apa juga benda yang kita lakukan bersama."

aku rindu nak riding dengan kau lagi bodoh. kalau kau tanya aku "kita riding nak minggu depan?" aku akan jawab, "yes!"

tapi bila awak tanya saya, "kita bertunang nak?"

*bunyi cengkerik* 

Sunday, August 26, 2012

Back to basic.

Terlalu singkat menikmati syurga.


tidak lama lagi, aku akan berjumpa dengan neraka kembali.



"hello city of hypocrite. i'll be there soon!"


Saturday, August 25, 2012

Show me your chirpy.

Tak dope la orang kata lu nak move on tapi lu tak happy. happy tu macam lu jugak. kena hidup. lu kena siram dia setiap pagi macam lu mandi pagi, lu kena bagi dia makan, bagi dia entertainment. kalau lu tak jaga happy tu macam bapak lu jaga lu, macamana happy tu nak hidup. hidup kena happy dan wa harap semua orang hidupkan happy yang ada dalam diri lu. bye.

Friday, August 24, 2012

aku menulis supaya aku tidak lupa.

Fakta bukan auta.

fakta yang aku ni keras kepala adalah benar.
fakta yang aku mempunyai ego yang besar adalah benar.
fakta yang aku ni suka lari dari masalah adalah benar.
fakta yang aku ni senang terjerumus ke dalam kancah keburukan adalah benar.
fakta yang aku ini seorang yang tidak boleh terima yang aku salah adalah benar.
fakta yang aku ini seorang yang sukar untuk difahami adalah benar.
fakta yang aku ini lain daripada yang lain tersangat lah benar.


fakta yang orang memang selalu pandang negetif  kepada aku adalah benar!

yang benar,
yy

Ditipu atau diuji?

Pemerhati dari jauh.
semakin mendekati, semakin mengetahui, semakin sakit. 
kalau diam diri, makin lama makin tak tenteram juga diri.

kalau terlalu ego, lama lama makan diri sendiri.
kalau terlalu degil pun makan diri sendiri.
habis nak jadi apa terlalu apa?
menunduk dan mengikut kata?
itu orang bodoh yang tak ada keyakinan diri!
keras kepala aku, degil aku bersebab.
biar makan diri, janji puas hati!

dia datang menguji lagi.
kalau aku jadi watak alim, perkataan 'pijak kepala' semakin menjadi jadi.
aku tak nak jadi seperti suami yang dayus atau manusia yang buta hati.

alim aku alim berotak.
jangan senang senang nak pijak!

a
k

p
e
n
a
t

Rahsia syawal

Nak tau satu rahsia?

syawal tahun ni paling tak seronok..

paling tak meriah..

paling tak rasa kicknya..

tak tau kenapa..

sebab aku tak dapat banyak duit raya kot..

sebab aku dah kena bagi duit raya kat budak-budak kot..

sebab aku beraya tanpa nyawa aku kot..

entahla.. aku ni mengada lebih.. orang lain relex je.. aku yang terasa lebih..

tapi.. benda yang aku terasa lebih tu selalunya benda yang betul..

"syawal?
eskius mi what?
aidon andesteng.."

entahlah.

Arah yang tak pasti

Komputer riba

rokok

sedikit duit

sedikit ilmu

aku mengembara..

in a middle of nowhere..

*i hate fight, make me doing something beyond my reach.. and it's not fun at all*

Sunday, August 19, 2012

Goodbye Ramadhan. Hello Syawal. Happy eidulfitri people.

Wednesday, August 15, 2012

Aku cuma harap aku ni masih lagi perempuan yang melintas dalam otak kau bila kau bangun pagi, dan bila kau nak tido lepas balik kerja.

Tiada air muka kah?

Belajar tinggi tinggi. kerja bagus bagus. tapi sayang didikan agama kurang. aku taju kan sekali pada diri aku bab agama kurang tu. tapi aku tak bodoh menunjukan kejahilan aku tentang agama. at least cover sikit boleh? oh, tak nak hipokrit. okay okay..

berada di persekitaran dengan orang orang yang agamanya islam, bangsanya melayu, tapi ibarat islam atas nama, dan melayu atas nama sahaja, sangat menjengkelkan.

walaupun berpuasa di bulan ramadhan hanya lah rukun islam yang ke tiga, dan bukan yang utama sebab benda utama pun ramai yang lalai lakukan, termasuk aku sendiri, tapi aku ada air muka.

kau laki. aku perempuan. kalau perempuan makan pun aku takde lah heran sangat walaupun tabiat perempuan tu memang kaki tak puasa. tapi aku yang tengah bendera merah ni pun segan segan nak makan sampai last last aku baru sedar yang aku memang macam puasa pula hari tu. kau tu, yang namanya lelaki, dah mimpi basah, dah kerat punai, tapi tak pandai nak jaga air muka sendiri?

malu lah sikit. majoriti 90% lelaki melayu di persekitaran aku ni tiada air muka. kalau setakat kejap kejap pergi berasap, okay aku faham, tapi ni sampai beli makanan macam makan tengahari, duduk di surau makan ramai ramai. tempat kau buat onar tu pun kat tempat suci. malulah sikit pada tuhan.

umur makin lama makin meningkat. semua dah pangkat bapak orang. sedih.

Pahit vs Manis Ramadhan

Kebelakangan ni macam macam dugaan aku dapat, tapi macam biasa lah, aku relex je. aku bukan macam zaman moral rendah dua, tiga, empat, lima, enam tahun yang lepas. zaman akal cetek, yang akal letak kat lutut, zaman rebel lebih. bila tension, drugs.. bila depress, pills.. bila frust, fikir lebih baik mati! sekarang makin matang, makin berakal, makin cool, makin perempuan (dalam usaha) dan makin teratur dalam percakapan. HAHAHAHAH! ini kelakar.

pahit ;
persetankan apa yang orang kata pasal aku. apa yang orang fikir pasal aku. hidup aku sekarang makin teratur dan makin bahagia. aku dah penat jaga hati orang sebenarnya. jaga hati orang yang aku sayang, orang yang aku respect, orang yang aku always fikir positif about them, but what do I get back? nothing! only one word to them.. selfish! orang macam ni sebenarnya takde perasaan. elok berkawan dengan Edward Scissorhands. they are mostly physically sick. butuh perhatian mungkin. kesian. 

manis ;
hey! gaji bulan ni tak sempat  nak luak pun. tadi dah dapat duit raya dari boss. esok dapat bonus pula dari boss. esok juga dapat payment freelance job untuk pre weeding aida. alhamdulillah. syukur. berkat sabar kot. even pahit, kisah-nya lain. tapi bahagian manis-nya, dapat ganjaran lain. 

Ramadhan ;
selain menahan nafsu lapar dan dahaga, tahun ni ramadhan aku di uji menahan sabar yang lebih! terasa dugaan maha hebat Kau berikan. dengan segala rasa, aku belajar dari hari hari semalam. so, aku okay :)


ya tuhan. semoga panjangkan ketabahan dan kesabaran hamba mu ini.

Saturday, August 11, 2012

Sepuluh hari bulan lapan.

My mourn day. tekanan, penat, sakit hati, sakit kepala, bosan, lapar, semua rasa ada. life kat tempat kerja so far so good. everyone was cooperate to help me since i have zero experience with what i've done now. thanks to them. just semalam baru terasa tekanan yang agak high level sikit. ceritanya, aku tak puas hati dengan architect. sebab depa belajaq tinggi, tapi noob. aku bukan spesis yang suka suka tak puas hati dengan orang. kalau tak ada masalah dari kau, so tak ada lah masalah timbul kat aku. i'm still new, yes i knew it! but it doesn't mean i have nothing to do with my job! i have brain, and i can think about it! bab kerja, aku serius! kerja aku senang je. drafting any services for house plan. ye, senang je. senang kalau output yang aku dapat dari mereka yang senang buat kerja. jadi susah bila output tu lari dari apa yang di kehendaki. fine.. you're an architect, so depends on you!

aku design untuk aircond services je. bodoh bodoh je. tapi lagi bodoh bila aku dah reject design kau last 2 weeks, then bila pulangkan balik, aku dapat benda yang sama. takde perubahan pun? langsung takde! aku dah comment apa yang perlu ada, apa yang aku request, blablabla. but nothing! 'hey warga architect, anda anda buat apa kat dalam office tu? goyang telo? goyang nenen?' benda nak submit next wednesday okay, next week! and this monday aku ada meeting and have to show some progress. apa aku nak jawab kalau tak setel lagi? mati!

kalau dah 3 orang senior designer dok keliling aku try to solve my problem, tapi tak dapat dapat jugak nak solve, aku apatah lagi? tension betei! berejam mengadap benda yang sama sebab nak cari tempat untuk letak outdoor aircond je. macam bodoh je kan? benda relex je sebenarnya. tapi kalau architect design benda yang mengarut, aku boleh sentiasa mencarut bila buat kerja ni.

terms & condition

rumah 4 tingkat. kalau 1 level je dah pakai 3 indoor aircond, outdoor pun kena lah 3. kalau dalam 1 rumah pakai 8 aircond, mati aku nak cari tempat letak outdoor-nya. paip tak sampai ye abang abang dan kakak kakak architect sekelian. we limit it to 50 meter only from indoor aircond to outdoor. every house level their height is 3.5 meter. habis tak kan saliran nya lurus je? tak dak kona kona? ok la, level 2, 3, 4 boleh letak outdoor aircond-nya kt roof. kemas and nice. setel! level 1? kalau aku letak kat void tak boleh, kt pavilion tak boleh, kat balcony tak boleh, kat car porch memang lagi tak la, habis nak letak tang mana? kat punggung ang ka cek? that's why hari tu aku dah reject with comment suruh kau ubah design rumah tu and buat 1 place yang necessary to put this stuff. but what have you gave to me? tahi!

okay, synopsis-nya, i was given a task for 50 acres project. it's a 4 levels of luxury house. location project-damansara perdana, depan condo aku ni je. wkwkwkw.. company where i'm working now is a mechanical & engineering company. and i'm doing for aircond services. simple.

my background, graphic designing, administration clerk. that's all! i have nothing to do with autocad software. i just know photoshop, illustrator, in design and microsoft office. now, more than 2 months i'm working there, and i've learned a lot! i can say that i'm a fast learner person. siap highlight gitew.. learn about autocad, 2-3 weeks to gain proficiency. basic about all the services - sanitary, fire protection, hot & cold water, aircond, 1 month till now, because i still in learning process. hey! i love this job.. so far la.. selagi tak polak. haha..

5 p.m

laju laju off pc. biar aku sambung serabut kepala aku next week. lantak lah! apa nak jadi next week nanti. balik! ingat dah boleh senang hati sikit.. sampai sampai rumah, damn! blackberry aku yang babi ni tiba-tiba terpadam. this is what we called shit day! seriously, i can't live without it! that's my nyawa! now, i'm going back to basic. im using the bodoh bodoh one. yang battery nya tahan 2, 3 hari kalau tak charge, yang jatuh 80 kali pun susah nak hang, yang volume level 1 pun dah kuat macam level 5. sabar je lah!

takpe, dugaan puasa. still can smile even inside, there's a fire! what a beautiful mourn-day. yes beautiful. and my ugly rider said, let's change! bb is babi. sat lagi dia nak survay new phone for me. yayy! takpelah sayang hold dulu frame aresbykes yang awak nak belikan untuk saya tu. jom kita curangi bb. kita bercinta dengan android pula ye :)

Thursday, August 9, 2012

Semalam lapan hari bulan lapan.

Selamat dua tahun tak jadi bekas kekasih. semoga kamu baik baik saja.
aku tak pernah lupa tentang kita.
aku sayang kau sampai mati.

Thursday yang binawe.

Masih lagi dekat ofis. sedang bermalas malasan mengadap drawing yang nak di cuci. ahh, malas! buat saban hari kanta aku semakin rosak. sambil tunggu pukul lima sambil dengar lagu band-band 90's yang aku baru download tadi.

Dah berjam jam aku mengadap blog ni, betul kata kata khamis.
ketidak-seronok-an-hari.
bin-ah-wehhhhh..

Friday, August 3, 2012

cuti. bahagia :)

Thursday, August 2, 2012

Note to a friend.

One of my best friend is Kacap. in fact he is the one of my very very best friend. in fact he is my best friend. cares about me like a brother. be the shoulder for me to cry on. (even i never cry on his shoulder yet! haha). peti keluh kesah. kaki ronggeng bersama. kaki menganjing bersama. kaki membahan bersama. peminat nombor satu Aku Tension, as far as i know. tallest friend among friends. filial son to his mother (i guess?).

that dark time when i was at my deepest fall, he lend his hand on his attempt of lifting me up. though he failed, he still did his best in lending his ears. he listen to my sad, cries, angry. and not everyone would survived such thing for almost an hour, on the phone. and most people would cut connection afterwards. but he didn't. and i really wonder why girls always play with her feeling. tak payah cakap pasal dia. aku pun selalu kena mainkan perasaan. LOL!

Kacap, if you read this, i want you to know that you mean a lot! thank you for always stands beside me. defend the right about me. and it is such a shame when you almost never shared anything with me, as if i never there for you, like how you did to me. (i just know when you're sad, angry or have a problem when i stalks your blog. that's it!). you're my best scandal, my best buddies, and you're like my younger brother for me, coz i know i'm tua than you. your future girlfriend will be lucky to have you. and i am very lucky to know you too. keep walking, because i always have your back :)