Sunday, June 12, 2011

Subsist


Mungkin kita terlalu baik untuk memberi kasih kepada seseorang. Memberi percaya kepada seseorang. Memberi senyum dan ketawa kepada seseorang. Baik atau bodoh kah kita? Bodoh! Aku harap aku tergolong dalam orang yang bodoh. Bodoh kerana inginkan orang di keliling aku bahagia. Bodoh sebab anggap semuanya seperti sedia kala. Melihat sesuatu yang nampak seperti ok. Tapi pada dasarnya tidak! Mungkin aku sebenarnya manusia yang berhati batu. Inginkan semua di dalam perancangan aku berjalan dengan lancar. Mungkin juga aku sebenarnya manusia yang mahu semuanya gembira tanpa memikirkan setiap inci hati-hati mereka. Aku sudah tergolong dalam manusia jahat. Aku jatuh cinta. Aku bercinta. Aku gembira dengan manusia yang buat aku bahagia. Aku simpan dalam hati. Bagi jiwa tenang. Buang semua rasa bersalah. Jadikan semuanya seperti tiada apa-apa. Mungkin aku hanya menurut dan merasakan hidup itu terlalu mudah. Mungkin aku yang terlalu bodoh. Suatu hari nanti. Dia mungkin akan mengerti.

No comments: