Thursday, April 4, 2013

Manusia itu.

Kenapa manusia sukar nak mengaku kesilapan sendiri?

kenapa manusia sukar nak buang segala ego yang ada ke tepi?

kenapa manusia sentiasa keras hatinya seperti batu?

kenapa?

sebab manusia yang dimaksudkan itu aku. kalau manusia itu orang lain mungkin takde sebangsat apa yang terjadi di atas.

aku tak mengaku salah bukan sebab aku fikir aku sentiasa betul. tidak sepanjang hidup aku sentiasa melakukan kesilapan. tapi lumrah manusia. bila sekali melakukan kesilapan, sampai ke mati orang pandang hina.

ego aku berbatas. bukan selamanya aku nak tunjuk ego jantan aku pada semua orang. perempuan. kalau kau berubah jadi pengkid pun, kalau kau putus cinta dengan awek kau. kau nangis tepi longkang jugak kan? jangan tipulah. ini pula aku yang perempuan sejati ni. cuma bagi aku masa meneliti baik buruk kehidupan yang aku sedang tempuh sekarang.

memang aku keras hati! tapi aku rasa sekeras keras aku hati aku boleh lembut atau cair kalau kena caranya. kerak nasi pun kalau direndam air boleh lembut. ini pula aku yang bernama perempuan. cuma kebelakangan ni banyak perkara negetif yang terjadi buat aku makin lama makin taknak berlembut. makin diam makin dipijak.

habis macamana?

aku pilih diam.

bila diam pula mereka kata sombong?

manusia.. manusia..


No comments: